BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing jadi tauke padi, beras

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,586
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,586
Reaction score
2,175
Points
261

24hmsawa_1637726414.jpg


Kuala Lumpur: Sebelum ini kehadiran mereka hanya untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan pembuatan.
Namun, tiada siapa menyangka warga asing terutama Bangladesh dan etnik Rohingya kini mampu bergelar 'tauke' dalam sektor padi dan beras di tujuh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di seluruh negara sejak beberapa tahun lalu.

Bermula dengan berkecimpung di dalam penanaman sayur seperti di Cameron Highlands, 'abang Bangla dan Rohingya' mula 'menguasai' jelapang padi negara dengan ada yang menjalani hidup mewah hasil aktiviti agronomi.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Azman Mahmood berkata, setakat ini pihaknya mengesan lebih 200 'petani import' didapati mengusahakan penanaman padi di negara ini.

Katanya, rekod mendapati jumlah warga asing yang bekerja sebagai pesawah paling ramai adalah di IADA Barat Laut, Selangor seramai 116 orang, Perak dan Pulau Pinang (34 orang), Rompin (15), Seberang Perak (8), Rompin (5) dan Ketara (Besut, Terengganu) seramai dua orang.


24hmsawa1_1637726418.jpg


"Mereka ini terbabit dalam amalan agronomi termasuk aktiviti menuai, tapak semaian dan mekanisasi.
"Ada yang bermula dengan mengambil upah menabur benih, membaja dan meracun di mana mereka ini tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat atau agensi, malah bebas melakukan apa-apa perkhidmatan.
"Ia adalah satu senario tidak sihat kepada pekerja tempatan kerana dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tidak mustahil mereka akan menguasai sepenuhnya sawah padi kita," katanya.
Azman berkata, mereka dipercayai masuk ke negara ini untuk melakukan pekerjaan di sektor lain sebelum ini, namun memilih berkecimpung di dalam industri padi dan beras disebabkan beberapa faktor.
Katanya, sebelum ini memang terdapat pemilik yang tidak mengusahakan sawah mengupah orang lain untuk penanaman, meracun dan sebagainya setiap kali musim padi, namun pembabitan warga Bangladesh dan etnik Rohingya kini seperti menjadi satu trend.
"Kita bimbang suatu hari nanti, mereka akan menjadi tauke sepenuhnya di dalam industri (padi dan beras negara) sedangkan ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
"Mafi dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan petani dengan pelbagai inisiatif terkini seperti pengenalan Smart Sawah Berskala Besar (SBB) dan pelbagai lagi.
"Di satu sudut lain, kita juga menumpukan kepada pengawalan jualan benih padi sah bagi memastikan kualiti benih untuk hasil yang optimum.
"Tetapi jika ini (kehadiran pesawah warga asing) tidak dibendung, sudah pasti petani tempatan tidak akan mendapat manfaat sewajarnya dan lama-kelamaan mereka pula memonopoli industri padi secara perlahan-lahan," katanya.

24hmsawa2_1637726421.jpg


Azman berkata, maklumat setakat ini mendapati, warga asing berkenaan menyewa sawah terbabit pada harga RM6,000 sehektar, melebihi apa yang ditawarkan petani tempatan.
Menurutnya, hasil tanaman akan dijual kepada kilang menggunakan nama petani, namun hakikatnya ia adalah milik warga asing terbabit.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi pekerja asing yang aktif di dalam industri terbabit berdasarkan senario semasa.
"Justeru kita akan berbincang dengan beberapa pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini demi masa depan industri padi dan beras negara yang lebih baik.
"Insya-Allah, saya yakin dengan pengenalan Smart SBB, ia boleh menjadi satu kaedah penyelesaian kepada banyak isu termasuk benih padi, industri hiliran, bekalan beras dan sudah tentu memberi pulangan maksimum kepada petani.
"Kita akan bawa isu ini kepada pihak berwajib yang terbabit seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menyiasat dokumen perjalanan atau permit yang digunakan," katanya.

Disiarkan pada: November 24, 2021 @ 12:00pm
 
Dulu kuli skang tauke.

Financial dorang ni kuat betol. Pastu buat apa menjadi je, apa rahsia @ amalan
 
Cina datang Tanah Melayu = berniaga
India datang Tanah Melayu = Kedai makan / runcit
Bangla / Rohingya datang Tanah Melayu = Bertani / Berladang
Indon datang Tanah Melayu = Pembinaan
Melayu yg lahir kat Tanah Melayu = ???

Siapa yg salah sebenarnya ....
 
Cina datang Tanah Melayu = berniaga
India datang Tanah Melayu = Kedai makan / runcit
Bangla / Rohingya datang Tanah Melayu = Bertani / Berladang
Indon datang Tanah Melayu = Pembinaan
Melayu yg lahir kat Tanah Melayu = ???

Siapa yg salah sebenarnya ....
betul

kene fikir2kan

asik2 bising, cemburu tengok orang lain maju, guna alasan orang asal Tanah Melayu
 
diorang ni pun pandai, adjust wanita melayu buat bini, nanti senang nak buat lesen pakai nama bini.. tgk dekat cameron highland tu

diorang pun ada persatuan sendiri, rolling duit modal kalau ada sesiapa nak berniaga, barang import dari supplier sendiri juga

org kita ni jenis suka untung cepat.. semua nak ali baba makan atas angin

dah banyak gomen tolong, tapi kalau dah jenis tak nak tolong diri sendiri

jadi tikus mati dalam kepuk padilah jawabnya..
 
Back
Top
Log in Register