BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing dikesan pandu teksi

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Anggota penguat kuasa SPAD memeriksa dokumen pemandu teksi dalam operasi bersepadu dijalankan, malam kelmarin. FOTO: KLpos


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai warga Pakistan, bertindak meninggalkan teksi dipandunya, ketika diperiksa dalam Operasi Tegas Bersepadu dilakukanSuruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), di sekitar Bukit Bintang dan KLCC, di sini, malam kelmarin.

Pengarah Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Paduka Che Hasni berkata, teksi yang ditinggalkan warga Pakistan itu akan disita.

"Siasatan akan dilakukan terhadap syarikat berkenaan berikutan tindakan membenarkan warga asing memandu teksi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Jalan Bandar, selepas operasi berkenaan.

Menurutnya, 15 teksi ditahan atas kesalahan tidak menggunakan meter, beroperasi di luar kawasan dan gagal menunjukkan kad memandu serta permit.

“Ini operasi kedua bagi 2013 membabitkan kerjasama JPJ, PDRM dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang disertai 75 anggota serta 12 pegawai.

"Sebanyak 20 kumpulan dibentuk melakukan penyamaran bagi mengenal pasti pemandu teksi yang tidak menggunakan meter, sebelum tindakan penguatkuasaan," katanya.

Beliau berkata, tindakan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter jelas menjejaskan imej negara dan mewujudkan perspektif negatif pelancong yang menggunakan pengangkutan awam itu.

Menurutnya, syarat penggunaan meter sudah cukup memberi peluang kepada pemandu teksi ‘mencari makan’. “Tiada sebab untuk mereka tidak menggunakan meter kerana dalam kiraan jam juga, meter masih berjalan.

“Jadi kita akan terus lakukan operasi seumpama ini untuk memberi kesedaran kepada pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pemandu teksi yangdidapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan dan dibawa ke mahkamah, jika sabit kesalahan boleh didenda RM500,000 dan penjara dua tahun atau kedua- duanya sekali.
 
cb la buat operasi bersepadu sjk dulu lg x la asyk kene tpu dgn pemandu teksi.
 
rasanya macam biasa je aku nampak warga asing bawak teksi ni.
tak tau la kalau warga tempatan pon dah serupa dgn warga sing :D
 
tuan punya teksi pun lg suka goyang kaki dr cari duit sendiri..nk buat cmne
 
biarkanlah depa nk cari makan,kita mesti bertolak ansur sesama makhluk ALLAH,dpt ganjaran yang amat besar diakhirat nnti kita memberi peluang kepada hamba2 Allah di dunia ini
 
dah bertahun tahun masalah teksi tak guna meter ni...

dah memang takder cara penyeselaian ke
 
dah lama dah.....bawak bas pun ada...
Itu belum lg bukak kedai....pergi jalan Silang, dah macam dok mynamar...hmmmm Malaysia oh Malaysiaku.....
 
Back
Top
Log in Register