ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mohamed Soltan
KAHERAH - MESIR. Aktivis Mohamed Soltan seorang warga Amerika Syarikat (AS) - Mesir yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup April lalu kerana melancarkan mogok lapar telah dihantar pulang ke AS.
Perkara itu diumumkan oleh keluarganya, hari ini menurut laporan portal Egyptian Street.
Menurut portal itu, Mohamed yang melancarkan mogok lapar selama 489 hari, didakwa menyokong kumpulan pengganas serta menyebarkan berita palsu.
Bapanya ialah Salah Soltan antara 11 yang dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di Mesir.
Melalui satu kenyataan, keluarganya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu dalam usaha untuk membebaskan Mohamed.
"...individu yang tidak terhitung jumlahnya telah berusaha tanpa mengenal penat di belakang tabir untuk membebaskan Mohamed. Menyaksikan anda semua tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik, jantina, umur bersatu adalah bayangan hebat tentang kuasa semangat manusia dan kami kaguminya.
"Setelah usaha berterusan, kerajaan AS telah berjaya menyelamatkan Mohamed dan bawa pulang ke AS," kenyataan itu dipetik.
Menurut keluarganya juga, Mohamed akan menerima rawatan kesihatan sebaik tiba di AS.
Berikutan pemenjaraan Mohamed itu, White House telah mengeluarkan kenyataan mengutuk keputusan mahkamah itu dan menggesa Mohamed dibebaskan segera dari penjara.
Mohamed ditangkap pada 25 Ogos 2013 dalam satu serbuan yang bertujuan untuk menahan bapanya yang juga pemimpin Ikhwanul Muslimin.
Last edited: