Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
23.05.2019 - Kuala Lumpur, Kementerian Dalam Negeri akan meneliti dakwaan terdapat lebih 100,000 daripada 500,000 warga Aceh di negara ini dipercayai menguasai sektor peruncitan dan perkhidmatan.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan mengikut undang-undang akan diambil sekiranya didapati mereka memasuki negara ini secara haram.
Katanya, tindakan juga akan diambil terhadap warga tempatan yang bersubahat melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Perkara ini kita akan teliti, kerana terdapat lebih dua juta pekerja asing yang sah dan bekerja di negara ini mengikut sektor tertentu dan kita ada rekod mereka datang dari negara mana.
“Kalau sektor membabitkan warga Indonesia, kita tahu mereka ada macam-macam suku, mana tempat di Indonesia mereka datang itu tidak penting, yang penting mereka masuk secara sah, ada kerja dan tidak langgar undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni di Putrajaya, hari ini.
Ditanya mengenai rakyat tempatan yang melindungi warga asing terbabit, Muhyiddin berkata, beliau tidak pasti tuduhan berkenaan betul atau tidak.
“Kalau masuk secara tidak sah mereka adalah PATI dan itu satu kesalahan dan bagi orang yang melindungi mereka dianggap bersubahat dan tindakan undang-undang boleh diambil,” katanya.
Difahamkan, lebih 100,000 daripada 500,000 warga Aceh di negara ini dipercayai menguasai sektor peruncitan dan perkhidmatan dengan sebahagian besarnya bertumpu di sekitar Lembah Klang.
Perniagaan Aceh ini dipercayai dilindungi warga tempatan yang membenarkan nama mereka digunakan dalam lesen dan mengaku pemilik kedai apabila operasi dilancarkan pihak berkuasa tempatan, khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sumber berkata, dana kewangan komuniti Aceh itu menjadi kukuh susulan pelancaran tabung bencana mangsa tragedi tsunami pada 2004.
Malah, sebahagian besar warga Aceh yang berniaga juga dikatakan memiliki kad pengenalan Malaysia, kata sumber.
Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/458814/warga-aceh-kuasai-sektor-peruncitan