BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waran tangkap perunding perkahwinan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN: Seorang perunding perkahwinan yang menghadapi 27 pertuduhan kerana memperdaya bakal pengantin supaya menyerahkan wang deposit pakej perkahwinan tidak wujud di Mahkamah Majistret, di sini, setahun lalu, dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir di mahkamah, 30 September lalu.

Azman Abu, 32, yang menghadapi 27 pertuduhan berasingan memperdayakan mangsa supaya menerima pakej mengurus majlis perkahwinan membabitkan baju pengantin, bunga telur, andaman, fotografi, kanopi jamuan, bunga manggar, pelamin, hiasan meja makan dan barang hantaran sepatutnya hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya.

Tertuduh dari Alor Gajah, Melaka, memperdaya 10 mangsa di negeri ini membabitkan kerugian berjumlah RM62,255, dikenakan ikat jamin RM30,500 dengan empat penjamin pada 12 September tahun lalu.

Sehubungan itu, Majistret Nordiana Abdul Aziz menetap tarikh 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes itu selepas mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh.

Azman didakwa melakukan perbuatan itu di butik miliknya, D’Teratak Pesona Anggun beralamat di Tingkat 1, Kompleks Teruntum di sini antara Mei hingga Ogos 2008.

Pendakwaannya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan bagi setiap pertuduhan.
 
dah la sekarang nie nak kahwin pun kena pakai banyak duit...
kena tipu pulak tu.
 
kawan baik aku pernah terkena dgn dia tue..berputih mata bakal pengantin time tue..
 
Back
Top
Log in Register