BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita sorok emas dalam mulut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Wanita sorok emas dalam mulut​

geli-emas.jpeg

TANGKAP layar video menunjukkan wanita itu mengeluarkan emas yang dicuri dari dalam mulutnya. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia ditangkap mencuri emas dengan menyembunyikan barang kemas  itu di dalam mulutnya.

Lokasi tepat kejadian tidak dapat dipastikan tetapi ia berlaku di sebuah kedai emas, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan wanita terbabit dikepung oleh pekerja kedai emas sebelum dipaksa untuk mengeluarkan emas yang dicuri.

Selepas didesak  berulang kali, dia kemudian mengeluarkan emas dari mulutnya dan cuba melarikan diri.

Rakaman itu mencatatkan lebih 24,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Sudah tua masih mencuri,” kata seorang netizen. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register