BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita parah ditetak suami

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

SHAFINAS GHOZALI cedera parah dipercayai ditetak oleh suaminya sehingga patah dan putus urat tangan kanan dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kubang Pisang Mukim Rambai, Alor Setar, Kedah, kelmarin.​

PENDANG 19 Ogos - seorang wanita parah akibat ditetak dengan parang dipercayai dilakukan oleh suaminya dalam satu kejadian di Kampung Kubang Pisang, Mukim Rambai, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Shafinas Ghozali, 27, putus urat tangan kanan setelah ditetak dengan parang sepanjang kira-kira setengah meter oleh suaminya yang berusia 27 tahun dalam bilik di rumah ibu mentuanya di kampung tersebut.

Ibu mentua mangsa, Sharipah Abd. Wahab, 49, berkata, Shafinas merupakan isteri kepada anak sulungnya dan mereka berdua dipercayai mengalami krisis rumahtangga.

“Dulu mereka pernah bercerai tetapi telah rujuk semula, saya sendiri pun tidak tahu bila mereka bercerai dan rujuk balik sepanjang hampir dua tahun mereka berkahwin,” katanya ketika ditemui di Kampung Kubang Pisang Mukim Rambai di sini hari ini.

Menceritakan kembali kejadian itu, Sharipah mendakwa, anak lelakinya yang bekerja sebagai pesawah mula berkelakuan pelik sejak Isnin lalu.

“Pada petang Isnin dia terus mengurungkan diri di dalam bilik dan mula membakar langsir, baju, tilam serta meletakkan almari, kipas di depan pintu biliknya sehingga kami tidak boleh masuk ke situ,” ujarnya.

Sharipah memberitahu, suaminya, Yaakob Ahmad, 52, turut luka di jari kanan akibat terkena kaca tingkap sewaktu cuba memadamkan kebakaran di dalam bilik anak lelakinya itu.

Katanya, Shafinas datang ke rumahnya semalam untuk memujuk suaminya dan menantunya itu sempat membancuh kopi serta makan bersama-sama di dalam bilik anak lelakinya.

“Apabila Shafinas ingin bangun keluar dari bilik tersebut, saya terdengar bunyi bising kerana anak lelaki saya tidak membenarkannya keluar dan tiba-tiba dia berlari keluar dari bilik dengan tangan yang berlumuran darah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shafinas ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berkata, suaminya bimbang orang ramai menyerbu masuk ke bilik tersebut lalu bersikap agresif sehingga mencederakannya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Fadzil Hashim berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Suspek yang mempunyai rekod penagihan dadah jenis syabu ditahan reman sehingga 22 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” jelasnya.
 
ingat bab kecurangan tadi.. sokong awalnya tp bab dadah kalo nasib ang la..
 
Dadah punya angkara.

Dah ada peluang bebas kali pertama.
Pi rujuk balik. Masaklah...

Masalah dadah ni, pusat serenti pun
tak leh nak selesai. Inikan pula kita
orang perseorangan. Susah la sikit...
 
dadah memang bahaya. aku tengok orang yang hisap dadah ni macam da takde perasaan tkut dalam diri da.
 
patut penghisap dgn pengedar gantung je.
 
Aku x ble bygkan cana akk ni deal dgn luka dia-kesan kena tetak. Aku jari terluka sikit kena pisau waktu msk pun rs sakit berhari2.. ksian la tgk kes isteri teraniaya kawen dgn penagih dadah. Pttny cerai je la syg sgt awat ntah..
 
fuh....masih panjang umor...blah je kak..tingal je laki cmtu..skrg baru tangan...akan datang? mau leher plak kene tetak.
 
Kesian dekat mangsa..
Penagih dadah ni selalu je menyusahkan orang lain...
Hati2 perempuan diluar sana.. sebelum kawin klu tahu kekasih penagih dadah bagus
elakkan awal2 ...
 
Kesian dekat mangsa..
Penagih dadah ni selalu je menyusahkan orang lain...
Hati2 perempuan diluar sana.. sebelum kawin klu tahu kekasih penagih dadah bagus
elakkan awal2 ...

base on pengalaman... perempuan yg khawin dgn penangih dadah nih... mmg payah nak lupa ex-suami dia... kena belasah pukul pun still nak rujuk balik...:-?#:-S
 
base on pengalaman... perempuan yg khawin dgn penangih dadah nih... mmg payah nak lupa ex-suami dia... kena belasah pukul pun still nak rujuk balik...:-?#:-S



Pertama, kerana mereka ni pandai
memujuk & bermain kata.

Kedua, rujuk laporan 1.68 juta dalam
Kosmo semalam...
 
Back
Top
Log in Register