BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Pahala dan Dosanya

tokputih

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,696
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,696
Reaction score
1,026
Points
206
Tajuk: Wanita Pahala dan Dosanya

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita Dunia ini
ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasanialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat Muslim).

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang
itu adalah zina. (RiwayatAhmad, Thabarani dan Hakim)

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,
memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di
hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima
sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air,malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW:
Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka

Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun)kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim..

Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dariengkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan
beribadah pada malam hari.

Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya
setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil). Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya
 
Tajuk: 4 lelaki yg ditarik oleh wanita ke Neraka ...

Assalamualaikum wr wb,

Seseorang wanita itu apabila di akhirat
kelak akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?

Na'uzubillah.........
artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul.

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak
memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia. Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat,
mengaji & sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau
dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan
untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram.. apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik
oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya..... jikalau mereka
hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak..

Keempat:- Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran
pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI! ANAK ADAM, PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."

Akhir kalam,marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari
ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak?????????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga, ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim
dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita. SEMOGA KITA SEMUA
TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKINYA TANPA HISAB. AMIN...YA RABBALALAMIN

Wassalam.
 
ingatlah wahai kaum hawa!!
jgn selalu menyalah sangka akan suami hang.
kalau depa nak kawin lagi.
bagi jelah.
 
biasalah !! bila minyak dah naik. bajet lari.
kepala pun pusing dek oi.
 
Back
Top
Log in Register