BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita: Onani punca gemuk?

imranmalik

Fun Poster
Messages
125
Joined
Jul 8, 2011
Messages
125
Reaction score
0
Points
20
Soalan 1:
SAYA suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini
saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala onani di kalangan
wanita, benarkah wanita yang beronani akan cepat obes?

Puan:

Terima kasih. Soalan yang diutarakan oleh Puan amat menarik sekali.
Sangkaan Puan berkaitan onani menyebabkan cepat obes adalah tidak tepat.
Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan
seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh
kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat
bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kombinasinya.
Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh
sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat
kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan
alat.

Onani di kalangan wanita amat jarang diperbincangkan. Adalah menjadi satu
‘tabu’ untuk membincangkan aktiviti ini yang juga wujud di kalangan wanita.
Begitu juga, wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka ‘tidak
mengapa’ mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang
tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau
berniat mencari keseronokan.

Agama Islam juga mengharamkan seseorang wanita berkhayal kotor dan menonton
filem porno. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ia
terdesak dan demi mencegah zina. Secara kesimpulan, dibolehkan barang siapa
yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan
ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk
membolehkannya bernikah demi mencapai perintah Allah.

Onani tidak akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian atau
fizikal. Ini adalah salah anggap atau mitos-mitos yang tidak tepat yang
sering dikaitkan dengan onani. Dari segi pandangan perubatan moden, onani
adalah selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak perlu
merasa bersalah atau tertekan selepas onani. Onani boleh memberi kelegaan
kepada ketegangan seks (sexual tension). Ia adalah cara paling selamat
kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi
seks seperti HIV. Ia juga adalah suatu cara seseorang wanita mendapat
kenikmatan seksual jika tidak dapat melakukan hubungan seks, dapat
meningkatkan aliran darah ke bahagian kemaluan dan seterusnya meningkatkan
fungsi serta kesihatan seksual, memberi peluang kepada seseorang mengenali
dan memahami fokus erotik pada badan sendiri dan juga boleh membantu wanita
mencapai orgasma.

wanita jangan mudah terpengaruh


PS: Heeh apa pandangan korang? Adakah onani disebabkan....
sumber:utusan
.
.
.
.
 
Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan
seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh
kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat
bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kombinasinya.
Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh
sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat
kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan
alat.

owh... baru saya tahu.... sebab hari ni ada thread pasal seorang wanita dibenarkan onani oleh makamah... aper bende pun saya tak paham... ni baru la paham secara theori.. tak pernah nampak pengamali nyer.... :)cgrock
 
Setau aku gemuk punca onani, susah dapat pasangan
 
Tak onani tu org yunani..selalu main sendiri so di panggil Onani laa...

Kalau melayu yg main sendiri..org panggi..olayu..(mcm oil of olay plak)...muahahaha:))

pelik je bunyi..olayu..:eek:
 
jolok buah terung ke?

p/s: harga terung bakal naik lagi
 
Back
Top
Log in Register