BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita maut ditetak dua warga asing

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LANGAT: Seorang wanita maut selepas diserang dan ditetak di kepala dengan parang oleh dua lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian awal pagi tadi, di Taman Yayasan, Jenjarom di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata kejadian berlaku jam 1 pagi ketika wanita warga tempatan berusia 36 tahun itu mahu mengunci pintu rumah yang didiami bersama ibu angkatnya.
"Wanita itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ketika menerima rawatan," katanya di sini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati dua suspek terbabit yang masing-masing bersenjatakan sebilah parang menyerbu ke dalam rumah mangsa sebaik mangsa mahu mengunci pintu.

"Mangsa dipercayai dibunuh akibat dendam kerana tiada harta benda yang dilaporkan hilang," katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan kedua-dua suspek terbabit sedang dilakukan dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. - BERNAMA
 
hari2 kes tetak bunuh rogol ragut..
mcm dh jd benda asasi pulak la..
klu tak dgr kes mcm ni sehari mmg tak sah..
adoyai...:eek:
 
hari2 kes tetak bunuh rogol ragut..
mcm dh jd benda asasi pulak la..
klu tak dgr kes mcm ni sehari mmg tak sah..
adoyai...:eek:

yang ko seronok sangat pehal? :-?
 
relaks aje
indeks jenayah masih rendah.....
IGP TSI
X IGP TSM...indeks ni perlu dinilai semula oleh panel antarabangsa
TSI - jangan sibuk
 
xper.. indeex jenayah masih rendah berbanding negara jiran...
 
warga asing mane tu ye yg ganas sgt tuh...
 
Back
Top
Log in Register