BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita maut digilis lori

my360cam

Active Member
Messages
1,625
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,625
Reaction score
65
Points
30
image.jpg


TELUK INTAN – Seorang wanita maut digilis lori selepas motosikal yang diboncengnya terbabit dengan kemalangan di KM 4.5 Jalan Maharajalela di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa berusia 42 tahun bersama seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terbabas kerana hilang kawalan.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, mereka dalam perjalanan dari Hutan Melintang menghala ke Teluk Intan ketika kejadian.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal hilang kawalan dan terjatuh di atas permukaan jalan lalu dilanggar lori jenis Hino yang tidak sempat memberhentikan kenderaan itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal dan kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaan parah di muka, tangan serta patah kaki kanan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Jelasnya, bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Teluk Intan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
katanya tgh memotong kiri lori tu, hilang kawalan tepi lori.. wallahualam..
 
Mangsa Wanita Berbangsa India

27.04.2018 - Teluk Intan, Seorang wanita maut digilis lori setelah terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 4.5 Jalan Maharajalela dekat sini pagi Jumaat.

Difahamkan, insiden tragis yang berlaku sekitar 9 pagi itu turut menyebabkan badan mangsa berkecai dan cebisan daging bertaburan di tepi jalan raya.

Kejadian berlaku apabila mangsa tercampak selepas motosikal yang ditunggani bersama suami dan anak saudara perempuannya berusia tiga tahun terbabas kerana hilang kawalan.

Ketika mangsa tercampak dan terjatuh daripada motosikal, sebuah lori yang sedang menghampiri tempat kejadian tidak sempat membrek lalu mengilis mangsa.

Suami mangsa yang berusia 45 tahun bersama kanak-kanak mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata mangsa dan suam dalam perjalanan dari Hutan Melintang menghala ke Teluk Intan ketika kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, dipercayai suami mangsa gagal mengawal motosikal lalu terjatuh di atas permukaan jalan dan mangsa telah dilanggar oleh lori jenis Hino yang turut menghala ke Teluk Intan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu motosikal dan budak perempuan itu mengalamai kecederaan parah di muka, tangan serta patah kaki kanan,”katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Jumaat.

Marzukhi berkata, bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Teluk Intan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

4f5e6ba7b1ef4ab6ccba6d68cddf79ed.jpg


4b81bbfc983a98c26638fe7d734c8c24.jpg


d1afa55c944981c1895ca6553f75cc58.jpg


bddd7a16da0b6001ae427e0376eb53f3.jpg
 
Last edited:
Perghhh ngerii
Moga dipermudahkn utk ahli keluarga mangsa
 
dgn penuh sawit atas tu mau xhancur
 
berkecai

elok gilis rempit2 bod0 yang selalu langgar lampu merah & jenis modified ekzos bunyi kuat mcm anak haram
 
Back
Top
Log in Register