BTC USD 83,304.3 Gold USD 4,159.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita berani

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
RIANA Van Nieuwenhuizen memberi makna baru kepada tidur dengan rakan berbulu apabila berkongsi rumahnya dengan bukan satu tapi empat ekor cheetah, lima singa dan dua harimau.

Riana, 46, yang bekerja di pusat perlindungan haiwan di Afrika Selatan, berkata: “Saya sayangkan mereka semua meskipun mereka menyebabkan saya sentiasa sibuk.”

Cheetah pertamanya, Fiela dibeli pada 2006 kerana berasa bertanggungjawab selepas mengetahui ia semakin pupus dan kini hanya tinggal 1,000 ekor yang masih hidup di Afrika Selatan.

Beliau kemudian memutuskan untuk berhenti kerja daripada jawatannya di Jabatan Keadilan selepas 22 tahun berkhidmat di pejabat itu dan bekerja sementara di sebuah pusat perlindungan haiwan demi membesarkan ‘kucingnya.’

Namun impian utamanya hanya menjadikan kenyataan selepas Riana berjaya menubuhkan Dana Fiela Projek Membiakkan Cheetah di Afrika Selatan bagi memastikan sistem kehidupan jangka panjang haiwan itu terpelihara.

Projek itu dilaksanakan di atas sebidang tanah seluas satu hektar dan pelawat boleh bertemu Fiela dan harimau lain dan mengambil gambar.

Jika ada yang ingin mengejutkan rakan dengan bergambar kenangan selepas berkahwin, projek ini turut menawarkan pasangan pengantin baru peluang bergambar dengan raja hutan ini.

Harimau yang dipelihara Riana umpama sebahagian daripada keluarganya dan dibenar bebas merayau-rayau di dalam rumahnya.

Apabila lapar, ia tidak teragak-agak memaklumkan keadaannya dan melompat ke bahagian tempat menyediakan makanan untuk cuba mencuri makanan disediakan.

Dua anjing Riana bagaimanapun bernasib baik kerana ia tidak tersenarai dalam menu makanan haiwan maging itu, sebaliknya ia seperti adik-beradik dan tidur sekali di tempat sama.

Cheetah itu turut dilapor menyertai permainan kad, tapi tidak pasti sama ada ia terbabit secara langsung atau sebaliknya.
 
kenyang lai tu klu lapo abis hehe
 
hahaha...

bnda ni jd teman tdo jd haru biru...
 
Back
Top
Log in Register