BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wang Terlebih Cetak

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Bermodalkan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), satu sindiket dikesan menipu ribuan peniaga tempatan dengan dakwaan mampu mendapatkan Geran Khas Usahawan (GKU) berjumlah RM270,000 bagi setiap permohonan.

Sindiket didalangi beberapa individu itu didakwa mengutip yuran antara RM250 hingga RM500 dari setiap mangsa yang berminat mahu mendapatkan dana itu.

Malah suspek turut menjual nama Yang diPertuan Agong yang didakwa akan menyerahkan dana khas itu kepada pemohon.

Seorang mangsa mahu dikenali sebagai Aishah, 24, berkata, sindiket itu mendakwa sudah mengumpulkan kira-kira 9,000 pemohon di seluruh negara.

Menurutnya, suspek mendakwa GKU berkenaan dana disediakan Kerajaan Pusat kepada peniaga yang memiliki SSM bertujuan membantu mereka mengembangkan perniagaan dan bergelar usahawan berjaya.

Katanya, segelintir peniaga yang yakin terhadap dana berkenaan teruja untuk memohon malah ada antaranya membuat 10 permohonan, sekali gus.

"Setiap permohonan perlu disertakan dengan SSM dan bayaran RM250.

"Saya turut menjadi mangsa apabila melakukan transaksi bayaran RM500 bagi dua permohonan kepada wanita dikenali sebagai Nur bagi mendapatkan GKU. Wanita terbabit mendakwa dirinya ketua bagi mengendalikan GKU," katanya.

Menurutnya, dia mula mengenali wanita itu melalui kawannya turut tertarik mahu mendapatkan dana bantuan perniagaan itu.

"Nur mulanya berjanji memberikan GKU sejumlah RM70,000 bagi setiap SSM sebelum meningkatkan geran kepada RM270,000 bagi setiap permohonan," katanya.

Aishah berkata, wang bagi permohonan mendapatkan dana itu diserahkan kepada wanita terbabit tahun lalu.

Menurutnya, kewujudan GKU dijanjikan itu mula mencurigakan apabila wang dijanjikan gagal diserahkan kepada peniaga dan sindiket.

"Mereka memang ‘putar alam’ apabila mengubah cerita kononnya dana berkenaan bakal diberikan Yang di-Pertuan Agong.

"Malah kami juga pernah dimaklumkan dana berkenaan lebihan wang yang dicetak Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya yang sudah membuat laporan polis.

Menurutnya, jika setiap seorang pemohon membayar sekurang-kurangnya RM250, maka sejumlah RM2,250,000 berjaya dikutip sindiket itu.

Sementara itu, seorang suri rumah mahu dikenali sebagai Lina, 28, berkata, dia dan suaminya yang bekerja sebagai petani turut menjadi mangsa penipuan sindiket sama.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, keluarganya kerugian hampir RM2,000 dan sudah membuat laporan di Balai Polis Larkin pada 26 Mac lalu.

"Kami serahkan duit pada September 2016. Sudah hampir tiga tahun menantikan geran khas didakwa bagi membantu usahawan terutama Bumiputera.

"Harapan saya sindiket itu diberkas kerana masih menjalankan aktiviti penipuan di seluruh Malaysia dengan menggunakan identiti berbeza.

"Saya berharap mangsa sindiket juga sedar bahawa mereka sebenarnya terpedaya dengan sindiket berkenaan dan masing-masing membuat laporan polis supaya sindiket berkenaan diambil tindakan," katanya.

19hm30zyh66z_1555626619.jpg

19hm30zuun6aaabbb_1555626616.jpg

Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/446345/wang-terlebih-cetak
 
Sound familiar??? Check balik kat sini :

https://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=656279

:(scam:(scam:(scam
 
Orang tamak selalu rugi. Fikir logik please.
 
Back
Top
Log in Register