BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wang RM50 dikembalikan segera

-pojie-

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,035
Joined
Oct 29, 2008
Messages
21,035
Reaction score
57
Points
130
ne_02.1.jpg


KUALA LUMPUR - Akur dengan teguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan mengarahkan guru besar Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2 di sini supaya memulangkan serta-merta wang RM50 yang dipotong daripada bantuan persekolahan RM100 yang diberi kepada para pelajar sekolah tersebut.

Pengarahnya, Datuk Khairil Awang berkata, sekolah berkenaan adalah satu-satunya sekolah di Wilayah Persekutuan yang membuat pemotongan sebanyak RM50 daripada bantuan persekolahan RM100 yang sepatutnya diterima pelajar.

Beliau menegaskan, masalah tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan semua sekolah telah dimaklumkan supaya tidak membuat sebarang pemotongan menerusi satu taklimat baru-baru ini.

Guru Besar SK Datuk Keramat 2 ketika ini ialah Abd. Hadi Mohamed Zin.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan saya sendiri telah menghubungi guru besar sekolah tersebut semalam supaya memulangkan wang RM50 itu dengan segera.

"Saya jangka pelajar sekolah itu akan menerima wang mereka semula yang dipotong untuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
 
hahaha buat malu jerk,duit tu utk pelajar bukan utk PIBG
 
Pantang nampak duit skit suma nak dipancung
 
tiba2 la nak potong duit org. pelik betul perangai
 
kesian kat budak2
 
byk kes berlaku duit pibg dan mcm duit kadang2 masuk kocek guru besar.
 
ade mak ayah yg susah nak byr yuran PIBG, jadi die potong2 siap2..
xlame lagi kene tukar la GB ni...
 
kdg2 xpaham nape kne byr yuran PIBG tu..

da la yuran nye makin naek :-?
 
Back
Top
Log in Register