BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wang pelaburan RM150,000 lebur

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_09.1.jpg

ABDUL RASHEED (kiri) dan Shaharuddin menunjukkan penyata bank bagi pembayaran yang dibuat kepada suspek di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Seorang kontraktor berputih mata selepas wang pelaburan sebanyak RM150,000 lesap dilarikan oleh individu yang mendakwa dirinya 'orang tengah' bagi projek pengubahsuaian pejabat di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka.

Mangsa, Abdul Rasheed Mohamed Ibrahim, 45, berkata, suspek menjanjikan pulangan sebanyak RM220,000 daripada pelaburan itu selain mendapat kembali modal beberapa bulan selepas melabur.

"Saya membayar wang pelaburan secara ansuran mulai bulan Disember 2012 dan suspek berjanji akan membayar balik modal tersebut pada Februari lalu tapi sehingga kini saya tidak menerima sesen pun.

"Semua wang saya serahkan secara tunai dan tiada sebarang dokumen menunjukkan saya telah membuat pembayaran kecuali resit daripada mesin deposit tunai yang dibuat melalui bank sebanyak dua kali," katanya ketika ditemui di pejabat Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia di sini semalam.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
 
berhati2lah dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan
 
kesian kat pakcik ni...hangus mcmtu aje duit.....:(

kesian jugak yg beratur blkg...masa pakcik bank in duit tu kat cdm....150k.... lemau kaki tunggu....#:-S
 
kesian..haish org2 jujur cm ak ni takde plak yg sudi bagi duit..yg menipu tu jgk die percaya
 
Dengan jumlah sebesar tu apa kejadahnya pak cik ni pegi bayar tunai? dah tu tak minta resit plak... Pak cik ni kontraktor, tak kan tak reti kot...
 
xpe pakcik....invest lagi la...normal la dlm investmen..ada untung rugi..
 
Masih percaya dgn pelaburan cenggini..haih
 
kesian..haish org2 jujur cm ak ni takde plak yg sudi bagi duit..yg menipu tu jgk die percaya

memang betul la sangat, kita merayu nak pinjam siap nak cagar rumah pun tak nak tolong...nak dengar tak nak dengar jer....
 
Back
Top
Log in Register