Sila Ambik Perhatian Warga CG
Salam.... aku dah lama joined... Setakat bayar Rm 50 jer untuk membuktikan tahap "kesenangan" dan "kemudahan" program ini... Beribu email aku dah hantar kepada mail lists aku. Ternyata, program ini tidak semudah yang dibaca di dalam web wangmatrix.net tersebut... Yang untung cuma Web Master. Sebab kalau ada orang joined pun, dia akan earn Rm 30 dan baki Rm 20 sebagai komisyen korang yang dok promote program ni.
Dia kata hantar 10 email boleh dapat Rm 200. Memang BENAR. TAPI kalau 10 penerima email tersebut sanggup untuk membayar Rm 50 setiap sorang untuk menyertai WangMatrix ini. Korang dapat Rm 200, Webmaster dapat Rm 300. Mudah ker? Dalam 100 email yang korang hantar tu, berapa jer ya sanggup join? Atau mungkin takda langsung.
Aku nak tanya ko Bigmoney.. Berapa lama dah promote WangMatrix nie? Pendapat sudah stabil?
Dan satu lagi, siapa Mian Binti Abdul Razak yang memiliki account Maybank tersebut? Adakah ko bank in Rm 50 itu ke dalam account yang sama?:-?:-?:-?