ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Nor Afizza menunjukkan laporan dibuat suaminya di Balai Polis Marang.
MARANG - Seorang suri rumah terkejut apabila mendapati wang zakat perubatan berjumlah RM3,000 daripada Maidam yang dimasukkan ke dalam akaun bank suami bagi membiayai kos perubatan anaknya yang menghidap penyakit jantung berlubang, lesap.
Bagi Nor Afizza Khalid, 30, dari Taman Emas Murni (1), dia begitu hampa kerana hasrat untuk menggunakan wang zakat itu bagi keperluan perubatan anak sulungnya, Ahmad Adam Zuhairi Mohamad Zabidi, 6, tidak kesampaian.
Nor Afizza berkata, pada 12 Mac lalu, dia menerima panggilan daripada Maidam yang memaklumkan wang zakat perubatan berjumlah RM3,000 sudah dimasukkan ke akaun suaminya, Mohd Zabidi Ahmad, 39.
Bagaimanapun katanya, ketika mahu mengeluarkan wang itu di bank beberapa hari kemudian, suaminya mendapati jumlah wang dalam akaunnya tidak seperti dimaklumkan.
"Setelah buat kemas kini, kerani bank beritahu akaun suami saya tidak mempunyai wang sebanyak itu kerana sudah dikeluarkan pada 10 Mac lalu menerusi sebuah ATM di Tepoh dengan jumlah RM3,010.
"Saya dan suami yang hanya bekerja sebagai buruh, amat terkejut apabila dimaklumkan perkara itu, sedangkan kami tidak pernah mengeluarkan wang itu mahupun meminta sesiapa mengeluarkannya," katanya, semalam.
Sehubungan itu, kata Nor Afizza, suaminya membuat laporan di Balai Polis Marang pada 15 Mac lalu untuk rujukan bagi mendapatkan rakaman CCTV daripada pihak bank untuk mengenal pasti individu terlibat.
Walaupun mengakui sukar untuk mendapatkan semula wang yang hilang itu, namun Nor Afizza tetap mahu membuat pendedahan bagi memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mengalami nasib sama sepertinya.
Bagaimanapun, Nor Afizza sekeluarga tidak menyalahkan mana-mana pihak khususnya pihak bank, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar, tambahan pula ahli keluarganya mendakwa tidak mengeluarkan wang itu.