BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wan Suraya Ketua Audit Negara Pertama Dunia Terima Anugerah Donald R. Cressey

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

Wan Suraya Ketua Audit Negara Pertama Dunia Terima Anugerah Donald R. Cressey​

cdf568b3758429df9a477bb79ce52f996a5759516dd5b

e67a0467902340856a83d43c5ddac94d6a57596209623

Kredit: FB Jabatan Audit Negara

Malaysia melakar satu lagi pencapaian di persada antarabangsa apabila Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi diumumkan sebagai penerima Anugerah Donald R.Cressey 2026, pengiktirafan tertinggi yang dianugerahkan oleh Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE), organisasi profesional antipenipuan terbesar di dunia.

Jabatan Audit Negara (JAN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan anugerah berprestij yang diperkenalkan sejak 1989 itu merupakan pengiktirafan antarabangsa tertinggi dalam bidang antipenipuan dan tadbir urus, sekali gus mencatat sejarah sebagai pencapaian sulung Malaysia.

Menurut kenyataan itu, Wan Suraya ialah penerima pertama dari rantau ASEAN dan kedua dari Asia yang menerima anugerah berkenaan, yang disampaikan pada Persidangan Tahunan Global Fraud ACFE Ke-37 di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

"Beliau juga merupakan Ketua Audit Negara pertama di dunia yang menerima anugerah tersebut sejak ia diperkenalkan 37 tahun lalu.

"Pengiktirafan ini bukan sahaja mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen negara dalam memperkukuh tadbir urus, integriti, ketelusan dan akauntabiliti sektor awam, khususnya menerusi peranan audit yang bebas, berwibawa dan berimpak," menurut kenyataan itu.

JAN memaklumkan pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan, termasuk pindaan Akta Audit 1957 pada 2024, pengukuhan pendekatan audit berasaskan data menerusi Pendigitalan Perkhidmatan JAN (PPJ), penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analitik data raya, serta pemerkasaan Papan Pemuka Ketua Audit Negara (AGD) sebagai instrumen pemantauan susulan audit secara masa nyata.

Menurut kenyataan itu, reformasi berkenaan telah mentransformasikan peranan audit daripada sekadar mengenal pasti kelemahan kepada memastikan tindakan pembetulan dilaksanakan secara berkesan, sekali gus memperkukuh tadbir urus, melindungi wang awam dan meningkatkan akauntabiliti secara berterusan.

"Pengiktirafan Anugerah Donald R, Cressey 2026 membuktikan pembaharuan yang diterajui Malaysia kini menjadi rujukan serta mendapat pengiktirafan daripada komuniti antipenipuan antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden ACFE John Gill, J.D., CFE berkata Wan Suraya melambangkan standard kecemerlangan dan integriti yang sinonim dengan Anugerah Donald R. Cressey.

 
Back
Top
Log in Register