BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wan Muhammad Azri nafi dirinya 'Papagomo'

tapailepat

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
647
Joined
May 6, 2013
Messages
647
Reaction score
0
Points
10
images


Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

-Bernama
 
nih lagi sekoq..........cakap bukan main laser.......!!!!! tapi bacul rupanya :))
 
Ye ke bukan dia?.. tgk muka cam ganas jer.. takkan dah kecutzz
 
adess, papagomo penakut gak rupenye
 
cakap besar bukan main berlagak...
sekali kena saman terus kecut telor..
hahahaaa... :)) :eek:
 
Boleh cek je sapa pemilik papagomo.com tu. Sapa yg buat posting pun boleh cek
 
Papagomo ni keyboard warrior je lah kesah.nye......tin kosong hihihi

Nampak bonar kaki fitnah....berani buat tk berani mengaku
 
Back
Top
Log in Register