BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Wakaf che yeh, Kelantan

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
30.5.14

_DSC5368.JPG


Dah lama tak ke negeri Kelantan.

Kali ini berkesempatan pergi ke negeri Kelantan selama 3 hari 2 malam atas urusan perniagaan. Oleh kerana urusan agak padat, tak berkesempatan ke mana-mana. Hanya sempat melilau di Waqaf Che Yeh sahaja.

Kebetulan hotel yang ditempa untuk saya terletak betul-betul berhadapan dengan kawasan perniagaan terkenal di Waqaf Che Yeh. Jadi bila selesai semua urusan dan balik ke Hotel, sempatlah berpusing-pusing jalan kaki sekeliling kawasan perniagaan tersebut.

Sebenarnya itu kali pertama saya merayau di sekitar kawasan perniagaan di Waqaf Che Yeh. Walaupun dah lama mendengar tentang tempat tersebut, tapi tak pernah tergerak nak pergi. Rasanya pusat perniagaan yang beroperasi setiap malam itu lebih menjadi kegemaran kaum hawa. Perniagaan yang paling banyak adalah perniagaan pakaian.


_DSC5361.JPG


Banyak Pakaian Di Wakaf Che Yeh

Kedai paling banyak ada di sepanjang jalan bersimpang siur di dalam kawasan perniagaan di Waqaf Che Yeh adalah kedai jual berbagai jenis kain. Ada tudung, ada baju kelawar, ada kain ela, ada cadar lusuh, ada cadar baru, ada Toto, dan ada pakaian bundle. Semuanya saya lihat saja pada malam pertama.

Bila masuk malam kedua, dah tahu keesokkan harinya nak berangkat balik, saya pergi ronda sekali lagi untuk membeli dua keping cadar tebal yang saya dah kenal pasti malam sebelumnya. Tawar punya tawar, akhirnya dapat dikurangkan dengan harga RM50 untuk dua keping cadar tebal.

Kira oklah tu. Dah mampu penuhkan beg yang sengaja dibawa besar dan kosong.

_DSC5365.JPG


Promosi Telefon Pintar Di Wakaf Che Yeh

Dalam banyak-banyak orang berniaga, saya tertarik dengan peniaga yang memjual berbagai peralatan elektronik termasuklah berbagai telefon pintar.

Dia memecahkan keriuhan dengan pembesar suara dan orang ramai terpacak berdiri sekeliling kedainya.

Mulanya saya sangka dia jual ubat. Tapi rupanya dia sedang kongsikan ilmunya berkenaan berbagai telefon pintar yang ada di pasaran. Ramai yang berminat dengan apa yang diceriterakannya. Menarik juga!.

Di kawasan perniagaan yang saya lebih ramai peniaga daripada jumlah orang ramai yang berkunjung itu, nampaknya dia berjaya mencari satu pendekatan untuk menarik perhatian orang ramai. Kebanyakan peniaga hanya pacak gerai mereka, pamerkan barangan dan menunggu orang singgah.

Saya terfikirkan bagaimana mereka boleh teruskan perniagaan dengan keadaan sebegitu. Persaingan terlalu sengit dan pelanggan pula tak berapa ramai. Mungkin masa saya pergi itu, jumlah pengunjung tak berada di waktu kemuncak, saya tak pasti.

_DSC5369.JPG


Secara ringkasnya saya boleh rumuskan pusat perniagaan di Wakaf Che Yeh itu tak sesuai untuk orang lelaki macam saya yang tak reti membeli barang. Rupa keadaannya lebih mirip pasar malam sahaja. Cua bezanya, mereka berniaga setiap malam dan bukannya seminggu sekali.




sumber http://www.pendapatanda.com/2014/05/waqaf-che-yeh-kelantan.html
 
wahh.. kg kawe tu.. time2 cuti skolah biase rmai la.. time xcuti xbrp rmai sbb org kt situ dah bosan dah ari2 gi..pg pun klu ade nak beli brang je
 
aku dah lama pulaukan wakaf che yeh ni..Pusat Sembelih Harga Negara ni....
balik klate pun gi mydin dgn billion jah..baik gi mundok...
 
2 tahun lepas den ke kelantan..malamnya ronda2 kat wakaf che yeh ni...syok tgk depa dok lelong barang...sempat gak den sambar 2 bijik lighter besar (20cm panjang) ngan barang2 len...lighter besar tu depa lelong sebijik 10 sen...haha...:D

tapi baju suar kasut kain den tgk mahal semacam ja..:-?
 
Ore lua jah byk bli wcy..

Ore klate bli rata panje..

Wcy maha po bedil..

Tp bkn semua la..:p
 
Kebanyakan barangan kat sini mahal..klu nak g jalan2 saja boleh la..
 
taun aku lepas aku ade pg. mahal plak dh skarang ek. beza btul ngan 7 taun lepas aku pg.
 
aku dah lama pulaukan wakaf che yeh ni..Pusat Sembelih Harga Negara ni....
balik klate pun gi mydin dgn billion jah..baik gi mundok...

Setuju ! kalau pergi kat Bundle ..mak aih,tanya harga kasut Bundle hampir sama ngan harga kasut baru kat supermarket.Kalau begini lah sikap penjual,tunggulah nanti ada peniaga WCY yang mengeluh tak ada lagi pembeli yang ingin ke WCY..jangan salahkan sesiapa.
Pernah terdengar harga kain yang ditawarkan kepada pelancong luar mengalahkan harga kat Sogo Kuala Lumpur,mentang-mentanglah bila bercakap tak ada slang Kelate
 
Back
Top
Log in Register