BTC USD 85,540.4 Gold USD 4,156.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajib Bersegera Qada Solat

ulam

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,372
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,372
Reaction score
60
Points
120
Wajib bersegera qada solat

SOALAN:

SAYA ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya, jikalau kita terlepas solat subuh adakah kita perlu gantikannya segera pada waktu itu?.
Atau selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari kawan-kawan saya yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita tinggalkan selepas solat Isyak.



JAWAPAN:


SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.

Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).

Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.

Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.


Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.


Untuk tambahan ilmu solat kita...
Insyallah sama² kita amalkan.. :)
 
ubah pengaruh persekitaran anda dan dlman anda...insyaALLAH mmg rajin bersolat..
 
terima kasih TT atas perkongsian ..semoga ALLAH merahmati mu
 
Soalan:

kawan saya boleh dikatakan hari2 tertinggal solat subuh kerana tdo yg xmenentu waktunyer.selalunyer die akan bgun pkul 10 dan trus membuke laptop utk check email dan sbagainyer dlm 15 mnit..slepas itu die mandi dan qadha solatnyer..stiap hari itulah perlakuannyer..adakah diterima qadhanye?


Jawapan:

Pertama kali kita kena confirm adakah betul dia tidak bangun..mungkin dia telah bangun lebih awal dari kita..lepas tu dia tidur semula..

andai kata betul tidak bangun, sebagai kawan, kita harus mengejutkan dia..itulah peranan kita sebagai seorang kawan…

berfikirlah positif..mungkin pada jam 10 pg dia solat Dhuha..sama2 kita amalkan..

bagi pendapat saya, dalam Islam tiada istilah qada solat..andai kata dia tidak terjaga pada waktu subuh..dan terjaga pada jam 10 pagi..dia seharusnya tidak melengah-lengahkan waktu solat..apabila terjaga dia mesti terus solat dengan niat solat subuh seperti biasa..

untuk kes lain..seperti dia hendak sembahyang isyak tetapi baru teringat dia belum sembahyang magrib lagi..pada masa itu dia perlu selesaikan solat isyak terlebih dahulu dengan niat seperti biasa dan kemudian solat magrib dengan niat qada magrib..tujuannya adalah untuk membezakan solat waktu sekarang dengan solat tertangguh..

WA’hualam..hanya ALLAH lebih mengetahui..
 
jangan sengaja tidur lewat, kalau tahu akan terlepas solat subuh

betul2....solat itu tiang agama...solat yg utama solat pada awal waktu & berjemaah.....insyallah diberkahi & dicucuri rahmat...
 
terima ksih tt.. solat itu tiang agama..
 
tegak tiang solat, mantap la agamanya...lemah tiang solat, goyang la agamanya...runtuh tiang solat, hancur la agamanya...
 
Back
Top
Log in Register