BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajib asing sisa pepejal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg


KUALA LUMPUR – Kira-kira 10 juta penduduk di enam buah negeri diwajibkan mengasingkan sisa pe*pejal mengikut komposisi di rumah masing-masing sebelum membuangnya ke dalam tong sampah bermula 1 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Solid Waste and Public Cleansing Management Corp (SWCorp), Datuk Ab. Rahim Mohd. Noor berkata, peraturan baharu mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) itu berkuat kuasa di negeri Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah di samping Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Difahamkan, negeri-ne*geri lain tidak terlibat de*ngan pelaksanaan penga*singan sisa pepejal itu ekoran belum menerima pakai Akta 672.

Berdasarkan peraturan itu, pemilik premis terma*suk penghuni kediaman ber*tingkat seperti kondominium dan rumah pangsa boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM1,000 jika gagal mematuhi undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, menurut A. Rahim, hukuman denda hanya akan dikuatkuasakan pada 1 Jun tahun hadapan bagi memberi ruang kepada orang ramai membiasakan diri selain meningkatkan kesedaran mereka mengenai kepentingan mengasingkan sisa pepejal.

“Mereka yang tidak me*laksanakan peraturan tersebut bermula 1 September ini akan diberikan notis amaran terlebih dulu manakala denda RM1,000 akan dikuat kuasa menjelang 1 Jun 2016,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
aku pun asing, bila dah penuh umah,
kasi jual kat pusat kitar semula,
dapat gak duit..
 
untung besar la kontraktor pasni, keje jadi mudah
 
botol2 plastik air mineral mmg aku asingkan dari sampah...

bila dah cukup 4-5 plastik besar, hantar ke taska.
cikgu nak buat aktiviti menanam pokok atau kraf.. lagi berbaloi.

sbb pernah hantar ke pusat kitaran semula di putrajaya..dpt tak sampai RM2.
nak cover duit minyak pon tak lepas :D
 
botol2 plastik air mineral mmg aku asingkan dari sampah...

bila dah cukup 4-5 plastik besar, hantar ke taska.
cikgu nak buat aktiviti menanam pokok atau kraf.. lagi berbaloi.

sbb pernah hantar ke pusat kitaran semula di putrajaya..dpt tak sampai RM2.
nak cover duit minyak pon tak lepas :D

yup...sngt setuju
espcly botol plastik
 
baguslah, tujuan utama bkn untuk menggaut keuntungan, tetapi yg utama adalah perubahan mentality masyarakat kearah negara bersih.
 
yang ni aku sokong!!! menuju ke arah negara bersih, hidup #bersih4 !!!
 
Back
Top
Log in Register