BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajar disaman didik masyarakat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Terdapat pengguna jalan raya yang kesal dengan sikap orang ramai yang memberhentikan kenderaan untuk menonton kemalangan di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Bukit Chendering dekat Marang, kelmarin.


MARANG – "Pihak lain tidak sepatutnya berhenti apabila berlaku kemalangan kerana hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil,” kata Syafinah Alias, 28.

Syafinah antara pengguna jalan raya yang kesal dengan sikap pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan untuk menonton kejadian kemalangan di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Bukit Chendering dekat sini, kelmarin.

Kemalangan itu hanya melibatkan pemandu dan seorang penumpang sebuah Perodua Myvi yang terbabas melanggar tiang lampu kira-kira jam 6 petang.

Apa yang dikesalkan adalah orang ramai masih memenuhi tempat kejadian dan mengganggu kelancaran lalu lintas walaupun kedua-dua mangsa terbabit dibawa ke hospital.

Difahamkan, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pengguna jalan raya terbabit mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1) kerana hanya terdapat lima pihak berperanan semasa berlakunya kemalangan jalan raya.

Lima pihak terbabit ialah saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran memberikan bantuan kecemasan.

Syafinah berkata, kehadiran orang ramai di lokasi kemalangan juga akan mengganggu kerja-kerja siasatan yang dijalankan pihak polis lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kemalangan maut.

Pemandu kenderaan berat, Razali Daud, 46, dari Rhu Rendang berkata, tindakan menyaman penonton kemalangan wajar kerana gangguan lalu lintas di lokasi kemalangan mampu menyebabkan mangsa gagal untuk diselamatkan dengan cepat.
 
itu la...yg buatkan sesak jalan tu...
rakyat prihatin kita...
 
karang xberhenti cakap xprihatin lak. xda yang membantu
 
saman je... memang menyemakkan jalanraya. Bukan nak membantu sgt pon.
 
Berhenti untuk membantu sgt baikk...tapi kalau setakat buat kacau,ambik gambar,mmg patut sgt disaman...
 
:D kalau park elok-elok kat tepi, OK lagi bagi aku. Tetapi kebanyakannya sangat menganggu lalu lintas dan amat membahayakan.
 
nak tgk gak mana tau sedara mara ke, kawan2 ke...
 
yg sakit hati tu park btol2 kt side table betol2 tepi line mcm persona tu..

masukla dalam lagi bukan xde ruang..tu yg buat keta belakang slow
 
stuju! bukan membantu pun. stakat suke2 berhenti amik video dan gambar, Kononnye reporter x berbayar. Klu berhenti membantu mangsa kemalangan xpe juga :)
 
Yg sakit ati bila lorong sebelah yg kemalangan,lorong 1 lg pun jem gak.
 
Back
Top
Log in Register