BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajah PM disimbah cat

metaltraders

Active Member
Messages
1,746
Joined
Feb 21, 2013
Messages
1,746
Reaction score
86
Points
40
image.jpg


Ahmad Nizam (dua, kiri) menunjukkan papan iklan yang dipercayai dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.


JERANTUT - Umno Jerantut kesal selepas papan iklan memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disimbah cat.

Kejadian disedari kira-kira jam 1.30 petang semalam di lokasi papan iklan itu di simpang jalan kawasan perindustrian Jerantut.


Berikutan insiden itu Umno bahagian tersebut yang diwakili Setiausaha Umno Bahagian, Ahmad Nizam Mohd Hassan bersama beberapa ahli membuat laporan polis kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Menurutnya, insiden tersebut amat dikesali dan menyifatkan ia satu provokasi murahan.


“Dalam keadaan kita nak pilihan raya secara matang ini jadi saya rasa ia satu perbuatan sangat tidak bertanggungjawab.

“Kita tidak menuduh sesiapa tetapi dalam menjalani PRU yang sudah menjadi proses biasa setiap lima tahun sekali tidak sepatutnya perkara ini berlaku,” katanya dalam sidang media.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha BN turut menasihatkan ahli komponen lain tidak mengikuti dan membuat tindakan memalukan sebaliknya menjalani proses pilihan raya secara matang.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa membuat tindakan selanjutnya dan laporan ini dibuat supaya ia tidak berulang.

“Papan iklan itu dipasang dua minggu lalu. Kita kesal dan tidak bersetuju dengan perbuatan ini,” katanya.
 
Kalau lepas pembubaran parlimen... Itu bkn simbah gambar pm..tp gambar seseorang
 
biasa yg selalu suka simbah cat ni ahlong... ni ada kes hutang byk gak ke ? :-?
 
tempat aku ni ..siap wat repot polis ..:)):)) sorang2 aku kenal yg wat report tu..sorry to say, menjilat orang atas tp sombong ngn org bawah..

image.jpg


dengar2 tadi siap forensik dari bukit, turun nak wat siasatan ..
 
tu bukan PM tp PU..presiden umno
 
Takde undang2 yg mengatakan simbah atas muka cat satu jenayah
 
Back
Top
Log in Register