Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
JOHOR BAHRU: Bermodalkan perwatakan alim dan kata-kata manis, seorang lelaki dikenali sebagai Wahid, 62, dari Pekan, Pahang menggunakan kelebihan itu untuk memperdaya mangsa menyerahkan geran tanah dan wang tunai hingga menyebabkan kerugian hampir RM500,000.
Tukang putar alam itu bukan setakat mampu memujuk mangsa untuk menukar nama pada geran tanah, malah menyerahkan hampir semua harta padanya kononnya akan digunakan untuk membina hotel selain melabur dalam sektor hartanah.
Seorang daripada mangsa yang dikenali sebagai Noor, 50, dari Pekan Nenas, Pontian, berkata keluarganya ditimpa bencana sejurus saat pertama bertemu Wahid.
“Semuanya bermula apabila Wahid datang ke kampung kami pada awal Januari lalu dan berkawan dengan keluarga kami.
“Wahid memaklumkan dia datang untuk menghabiskan masa terluang selain mempunyai tugasan berkaitan projek yang bakal dibinanya di Pasir Gudang,” katanya di sini, semalam.
Menurut Noor, gaya percakapan dan tingkah laku Wahid yang tidak ubah seperti ustaz itu membuatkan mereka sekeluarga terpukau dengan lelaki terbabit.
Bukan itu saja, keluarga Noor turut mempelawa Wahid tinggal sementara di kediaman mereka sementara urusannya selesai.
“Bermula dari saat itu, kami sekeluarga seperti berada di dalam taklukannya apabila ibu sanggup menyerahkan semua geran tanah pusaka berkeluasan 10 ekar kepada Wahid tanpa bimbang atau curiga.
“Wahid meyakinkan ibu untuk menukar nama pada tiga geran tanah kepada namanya kononnya akan digunakan bagi membabitkan diri dalam sektor hartanah serta perniagaan lain di lokasi strategik di Johor Bahru,” katanya.
Menurut Noor yang bekerja dengan syarikat swasta di Singapura, dia turut terpedaya dengan tipu helah Wahid yang mengajaknya berkongsi membuka perniagaan dalam bidang perhotelan.
Noor berkata, disebabkan minat mendalam dalam perniagaan, tanpa berfikir panjang dia bersetuju dengan tawaran dan menyerahkan kepada Wahid RM30,000 sebagai modal pendahuluan membuka perniagaan itu.
“Pada mulanya, semua berjalan lancar kerana Wahid masih tinggal di rumah kami. Bagaimanapun, menjelang Februari, dia memberi alasan mahu ke Kuala Lumpur bagi menguruskan perihal tanah dan perniagaan yang kami amanahkan kepadanya.
“Kami sekeluarga percaya 100 peratus alasan Wahid, malah dia juga sempat berpesan supaya kami mendoakan yang terbaik buatnya sepanjang berurusan di Kuala Lumpur,” katanya.
Menurut Noor, keluarganya langsung tidak mengesyaki apa-apa hinggalah mereka gagal menghubungi lelaki itu.
“Kami cuba menghubunginya beberapa jam selepas dia berangkat ke Kuala Lumpur, tetapi panggilan berkenaan masuk ke peti suara telefon bimbitnya.
“Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas beberapa kali, kami mula rasa tidak sedap hati, dan sejak itu dia langsung gagal dihubungi,” katanya.
Menurut Noor, keluarganya ada ke kampung Wahid di Pekan, tetapi keluarga lelaki terbabit memaklumkan mereka sendiri sudah bertahun tidak mendapat khabar berita daripadanya.
Noor berkata, kejadian berkenaan memberi kesan besar kepada keluarganya kerana bukan setakat kerugian wang, malah turut kehilangan hak milik tanah pusaka.
“Tanah pusaka berkenaan terletak di sekitar daerah ini dan nilainya pasti mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya.
“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan tanah pusaka berkenaan tidak jatuh ke tangan individu lain,” katanya.
Noor membuat laporan di Balai Polis Pekan Nenas pada 4 Mac lalu dan berharap pihak berkuasa segera menahan Wahid untuk siasatan.
“Sehingga kini, kami masih tidak berjaya menjejakinya dan berasa hampa atas kejadian ini. Kami harap ia tidak berulang terhadap keluarga lain,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Wan Razali Wan Iberahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
“Kes masih disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, sehingga kini suspek masih gagal dikesan,” katanya.