BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Volkswagen Jetta CKD dilancarkan (RM131k)

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,094
Joined
Jun 28, 2011
Messages
43,094
Reaction score
7,326
Points
481
Volkswagen-Jetta-CKD-27.jpg


Volkswagen Malaysia telah memperkenalkan pemasangan tempatan Volkswagen Jetta 1.4TSI di Damansara Performing Arts Centre (DPAC).
Tidak seperti Polo 1.6 hatchback dan sedan, model ini memberikan potongan harga jualan yang tinggi tanpa ada pengurangan dalam spesifikasi.

Dari luaran, Jetta CKD ini nampak sama seperti model CBU terdahulu. Kit standard seperti rim aloi 16 inci "Navarra" lima jejari, lampu hadapan berbilang pantulan, dan juga lampu kabus hadapan dan belakang.

Tetapi, terdapat perubahan dari segi dalaman kenderaan iaitu sistem audio RCD 310 yang digantikan dengan RCD 320 terbaharu mempunyai sistem Bluetooth dengan sambungan USB. Kawalan pendingin hawa dua zon secara dua tombol digantikan dengan kawalan tiga tombol sama seperti Golf Mk7. Seterusnya, ketiadaan paddle shifter untuk transmisi DSG untuk model CKD ini.

Volkswagen-Jetta-CKD-31.jpg


Dari segi teknikal, enjin sama masih digunakan iaitu 1.4TSI yang menghasilkan kuasa sebanyak 160PS pada 5800rpm juga tork sebanyak 240Nm pada 1500rpm ke 4500rpm. Ia digabungkan dengan transmisi DSG 7 kelajuan. Kelajuan dari 0-100km/j mengambil masa sebanyak 8.3 saat dan kelajuan tertinggi sebanyak 221km/h. Pengunaan minyak adalah sebanyak 6.0l/100km.

Dari segi keselamatan, Jetta CKD ini dilengkapi dengan 6 beg udara, ABS dengan EBD, Brake Assist, ESP, tali pinggang keledar tiga titik untuk semua penumpang serta pemandu dan ISOFIX di tempat duduk belakang.

Volkswagen-Jetta-CKD-19.jpg


Terdapat di pengedar sah bermula 2 Mei ini, Jetta CKD dari segi harga sangat kompetitif iaitu dari RM130,888 sahaja, pengurangan sebanyak RM21000. Model ini didatangkan dengan waranti selama 5 tahun dengan pembatuan tanpa had juga pakej bantuan kecemasan selama 5 tahun.

Volkswagen-Jetta-CKD-17.jpg


Volkswagen-Jetta-CKD-21.jpg


Volkswagen-Jetta-CKD-22.jpg


Volkswagen-Jetta-CKD-20.jpg


Sumber
 
biasa je design luar ni, cuma mmg nampak tough la
 
masuk mesia harga jadi mengarut...bs
 
ohh setail juge gear die ye

D + - je
mantap2

tp harga nye kire harga gua visit SR je lahhhh.........nengok aje
 
mantap jugak kereta ni tapi...
 
bagus dah kete ni. power gile..cuma masalah VW kat malaysia ni after service. boleh kawan dgn proton la..lagi satu problem gearbox dia yg tak berkesudahan. kalo berangan kete ni baik la std by 2nd car..kalo dah masuk SC mmg lama la baru bley kuar..tunggu barang bukan main lama.
 
Back
Top
Log in Register