BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Vivo X200 Pro Di Temui Tersenarai Di Pangkalan Data SIRIM Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Telefon mercu baharu Vivo X200 Pro telah ditemui di pangkalan data SIRIM Malaysia. Ini bermakna peranti tersebut dijangka boleh ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Seterusnya menyediakan lebih banyak pilihan produk berkualiti yang berkualiti tinggu buat pengguna.

Vivo-X200-Pro-950x534.jpeg.webp


Hal ini dikatakan demikian kerana peranti ini dilihat hadir dengan spesifikasi berkuasa sewaktu pelancaran di China tempoh hari. Perkara itu jelas memberi petanda bahawa model global kelak juga menarik menerusi pembaharuan diberikan berbanding generasi sebelum ini.

X200-Pro-SIRIM--950x125.jpg.webp


Peranti telah didaftarkan oleh VTALENT BUSINESS Sdn Bhd dengan kod nama V2413 (X200 Pro) sejak 22 Oktober 2024. Butiran mengenai spesifikasi masih belum dapat dipastikan namun sekiranya sama dengan model di China bermakna cip Dimensity 9400 dan kamera ZEISS 200MP boleh digunakan pada peranti ini.​
 
Siri Vivo X200 Di Sahkan Bakal Tiba Di Malaysia Pada Bulan Ini

Siri Vivo X200
merupakan telefon pintar mercu yang sarat dengan pelbagai penambahbaikan yang menjadikannya antara pilihan terbaik. Antaranya paparan yang cantik, kamera yang menakjubkan, prestasi yang mantap serta sokongan pengecasan pantas. Ia juga direka teliti menggunakan bahan berkualiti tinggi bersama gaya menarik yang tersendiri.

Vivo-X200-Pro-950x534.jpeg.webp


Bercakap mengenainya mesti ramai yang tertanya bilakah peranti berkuasa ini akan tiba di Malaysia. Terdapat wakil yang mendedahkan bahawa Malaysia akan menjadi negara terawal di Asia Tenggara menerima kehadiran peranti itu yang dijadualkan tiba pada bulan ini. Walau bagaimanapun hal ini tidak pula diperincikan butiran selanjutnya. Malahan, pilihan variasi dan model juga masih belum dapat buat masa ini.

VIVO-x200-950x713.jpeg.webp
Vivo-X200-Pro-Mini-5-950x534.jpeg.webp


Untuk makluman, siri X200 dilancarkan di China dalam tiga model seperti X200, X200 Pro dan X200 Pro Mini. Kesemuanya dilihat dilengkapi kelebihan dan keunikan masing-masing yang membolehkan ia dipasarkan dalam kalangan target pengguna berbeza. Tambahan pula Vivo telah mencapai jualan paling tinggi di pasaran China dengan pegangan bahagian pasaran sebanyak 19.2% pada Q3 2024.​
 
Siri Vivo X200 Memasuki Pasaran Malaysia Pada 19 November 2024

Vivo
bersedia untuk melancarkan telefon pintar mercu baharunya X200 di Malaysia pada 19 November 2024. Model ini dilihat bukan sahaja dilengkapi teknologi terkini malah tampil dengan rekaan luaran diperkemas dengan gaya lebih moden dan premium. Selain itu semakan kami melalui laman web rasmi pula menjumpai hanya dua model yang disenaraikan iaitu X200 dan X200 Pro. Sesi pra tempahan turut akan dibuka pada hari yang sama dengan hadiah percuma mencapai RM1,787 diberikan bersama.

Vivo-200-Malaysia-A-950x950.jpg.webp


Spesifikasi penuh kedua-dua peranti turut disenaraikan melalui laman web berkenaan dengan sebahagian besar perkara yang sama. Misalnya seperti skrin AMOLED 6.78-inci, cip Mediatek Dimensity 9400, memori 16GB RAM, storan dalaman 512GB dan kamera swafoto 32MP. Perbezaan antara kedua-dua telefon ialah kamera utama 50MP (Utama) + 50MP (Sudut lebar) + 200MP (Periskop) dan bateri lebih besar 6,000mAh digunakan pada model X200 Pro. Sementara itu X200 pula dibekalkan dengan kamera 50MP (Utama) + 50MP (Sudut lebar) + 50MP (Periskop) dan bateri 5,800mAh. Tiada harga jualan didedahkan setakat ini sebaliknya hanya diketahui selepas pelancaran rasminya pada minggu hadapan.​
 
Vivo X200 Ultra Akan Mempunyai Butang Fizikal Untuk Kamera

Vivo X200 Ultra
akan dilancarkan di China tidak lama lagi sebagai pengganti kepada X100 Ultra tahun lalu. Pegawai produk Vivo telah mendedahkan bahawa peranti ini akan dilengkapi dengan butang fizikal khas untuk kamera. Fungsi butang ini menyerupai Camera Control pada beberapa peranti iPhone baharu yang boleh digunakan khusus untuk mengaktifkan kamera.

vivo-X200-Ultra-A-950x519.jpg.webp


Butang ini dihiasi dengan warna biru dan diletakkan sedikit lebih rendah, serta boleh dikawal dengan cara menyeret. Rekaan butang ini kelihatan nipis dan kecil untuk pengalaman lebih baik terutama sewaktu merakam dalam mod landskap atau melaraskan tetapan kamera. Selain daripada itu, ia juga mungkin membolehkan pengguna mengawal zum, fokus, atau tetapan lain untuk penghasilan imej yang lebih baik.​
 
Vivo X200 Ultra & X200s Akan Di Lancarkan Pada 21 April

Vivo
sebelum ini ada mengumumkan pelancaran produk terbarunya termasuk X200 Ultra pada April. Kini, tarikh pelancaran rasmi telah disahkan berlangsung pada 21 April 2025 di mana peranti mercu ini akan dijual di China seperti sebelum ini. Pelancaran ini turut menyediakan beberapa lagi peranti lain seperti Vivo X200s, Vivo Watch 5 Pro, dan Vivo Pad SE.

vivo-X200-Ultra-V-edited.jpg.webp


Tumpuan utama sudah pasti terarah pada model Ultra yang baru-baru ini muncul dalam sebuah video tertiris. Bonggol kamera peranti kelihatan besar dan jauh lebih menonjol berbanding rekaan yang digunakan pada model X200s. Peranti turut akan menawarkan dua sensor bersaiz /1.28-inci untuk kamera utama dan ultra lebar, bersama sensor telefoto yang peka terhadap cahaya untuk imej lebih baik.

vivo-X200s-A-edited.jpg.webp


Vivo sebelum ini turut menekankan beberapa kelebihan bonggol kamera yang besar, di mana boleh memberi ruang yang selesa untuk meletakkan jari sewaktu peranti dipegang. Selain itu, peranti turut akan dilengkapi dengan butang fizikal khas untuk kamera. Fungsi butang ini dijangka menyerupai Camera Control pada beberapa peranti iPhone baharu yang boleh digunakan untuk mengaktifkan kamera.​
 
Vivo X200 FE Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

Peranti baharu vivo X200 FE melepasi SIRIM Malaysia lantas memberi petunjuk bahawa pelancarannya mungkin akan berlaku dalam masa terdekat. Model ini diyakini dapat menjadi tambahan yang menarik dalam siri X200 yang sedia ada, dan kali pertama versi FE akan diperkenalkan dalam rangkaian vivo X.

Vivo-X200-FE-A-950x179.jpg.webp


Buat masa ini, peranti ini masih belum dilancarkan dalam mana-mana pasaran. Namun, berdasarkan kebiasaan, model dengan penjenamaan “FE” lazimnya direka khas untuk peminat jenama tersebut. Berdasarkan imej tertiris, peranti ini mungkin hadir dengan reka bentuk kompak serta modul kamera yang menyerupai iPhone 16.

Vivo-X200-2-edited-950x534.jpeg.webp


Siri vivo X200 sememangnya terkenal dengan sistem kamera canggih serta prestasi yang seimbang dalam kelasnya. Di Malaysia, dua model dalam siri ini telah pun berada di pasaran, dan kehadiran X200 FE bakal menjadi pilihan menarik bagi pengguna yang menginginkan variasi baharu dalam kategori ini. Kita nantikan pengumuman rasmi daripada vivo berkenaan spesifikasi dan tarikh pelancarannya.
 
Vivo X200 FE Bakal Di Lancarkan Di Malaysia Pada 30 Jun 2025

Vivo
mengesahkan tarikh pelancaran rasmi model baharu X200 FE di Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan ini. Peranti ini tampil dengan rekaan kompak dan binaan yang tegap bagi menjadikannya sesuai untuk pengguna yang mahukan saiz yang selesa digenggam.

vivo-X200-FE-Edited-950x534.jpg.webp


Aspek fotografi turut diberi penekanan menerusi kerjasama dengan ZEISS untuk sistem kameranya. Bbeberapa hasil gambar awal telah dikongsikan yang menunjukkan prestasi cukup baik dalam pencahayaan mencukupi bersama butiran memuaskan. Ulasan penuh prestasi akan dikongsikan dalam artikel akan datang.

vivo-X200-FE-MY-950x950.jpg.webp


Laman web rasmi juga telah diterbitkan yang memaparkan beberapa spesifikasi utama seperti kamera utama 50MP, bateri berkapasiti 6500mAh, dan sistem operasi FunTouchOS 15. Peranti turut boleh dipra-tempah dengan deposit serendah RM20 dan pembeli berpeluang menerima hadiah eksklusif seperti vivo TWS 3e, jaminan tambahan selama setahun, baucar tunai RM20 dan pelbagai ganjaran menarik yang lain.
 
Vivo X200 FE Di Lancarkan Dengan Skrin 6.3″, Dimensity 9300+ & Bateri 6500 mAh

Berita menarik untuk peminat peranti kompak di dunia kerana Vivo X200 FE telah dilancarkan hari ini di Taiwan. Seperti dalam artikel pandang pertama yang kami terbitkan seminggu lalu, Vivo X200 FE hadir dengan skrin 6.3″ AMOLED 120Hz, dijana cip Dimensity 9300+, dipadankan dengan memori sehingga 12GB LPDDR5X RAM, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri 6500 mAh yang menyokong pengecasan 90W.

Vivo-X200-FE-B-950x535.jpg


Kamera utama terdiri daripada lensa ultra lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan telefoto 8MP. Di hadapan sensor 50MP digunakan pada kamera swafoto. Lensa Zeiss digunakan pada kamera utama di belakang. Tubuh peranti melepasi piawaian IP69 dengan terdapat pengimbas cap jari terbina bawah skrin, speaker stereo, pemancar IR dan NFC.

Vivo-X200-FE-C-950x534.jpg


Sistem operasi yang digunakan ialah Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. Walaupun peranti telah dilancarkan, harga belum lagi diumumkan cuma ia akan ditawarkan dalam warna Black, Pink, Yellow, and Blue​
 
Back
Top
Log in Register