BTC USD 83,453.3 Gold USD 4,161.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

viva & saga blm

viva or saga blm


  • Total voters
    0
ok..aku pernah bwk blm nie....pendapat aku kalo yang jenis kaki lari tuh,baik cari keta lain ler...pickup dia kurang...cuma kalo just tuk wat family punya keta n jenis yang mmg dok bwk dlm 80-100 tu pada aku ok ler...heheheheh......apepun kead dlm dia selesa n luas...mmg smart ler...cuma style dia cm keta british sket ler...signal belah kiri n wiper belah kann dia punya switch...apepun..aku bagi 3bintang 1/2 la dari 5.....:D

p/s:aku pernah tgk orang make up BLM nie...cun siot!!!!!
 
proton - dari dulu sampai sekarang..fail...body memang la lawa tapi kualiti tarak bagus maaa....:-?
 
1_159715227l.jpg


1_490107679l.jpg


1_740396717l-edi.jpg
[/QUOTE]





....next level?..suggest spring sukan atao penyerap hentak muda laras pas tu kalo da tukar bley pakai batang anti guleng..:D

p/s....psssT!...picthing lari la! body kit...kat bhG tGh kete!:D,...musti amik custOmade kete model laen..
 
hurm aku pon minat nk amik BLM ni sbb MURAH... tp aku baca byk gak komen diorg kata mcm2 la...

antara yg aku tgk complain dr cust,

1. pintu kena tutup kuat - pintu apa2 pun kena tutup kuat... tapi bukan apa.. aku rasa ni sindrom kereta baru( sayang nak tutup pintu, tolak pelan jer jadinya...

2. plate tercabut - (gam tak kuat)
3. masalah power windows - (yg ni lojik)
4. bunyi mcm2 ada - (bunyi apa)???
5. blkg kalau naik 3 org dh mendak - mungkin kalau 3 org bersaiz besar
6. sauber lembik - sauber petronas @ absorber???
7. cengkaman break yg kureng...- sindrom kereta baru( sayang nak tekan brek)
 
xde pon aku dpt masalah2 yg ko bagi ni..
cuma naik 3 org xtau laa..x pernah cuba..munkin kot mendak..

pintu tutup x perlu kuat2 sgt..kuat ckit je..sama aku rasa ngan keta lain..x salah aku Savvy yg kene tutup kuat2..

yup, aku savvy owner, kena tutup kuat2.. tp pepepun, body pintu savvy lagi solid dari viva. kerass.. tutup kuat sikit pn rasa kejap je bunyi..

Kalu aku jadi tuan tanah, antara viva ngan BLM, aku amik BLM :)cgrock:)cgrock handling teknologi lotus lagi OK dari yg perodua.

Tp kalu ko letak fuel consumption 1st priority, ko go for viva lah.. minyak jimat separuh dari kete savvy aku... inikan pulak BLM... (no idea)..
 
dah 6 bulan pakai BLM ni...

1. best!! aku smpai gian la nk drive laju-laju dgn BLM nih... rekod bwk 150km. saje test enjin smtara ada waranty

2. handling cekap, reponsif..time parking plg aku suka..stereng ringan gilerrr (credit to lotus eng.)

3. minyak bawah 10sen/km (easy ride)

4. setakat 120km-150km... tak goyang, tak gegar. tapi angin tayar jgn tlalu keras..nti goyang la (standard la tu)

5. speaker clarion bunyi padat dan clear. Bass mmg sedap lah..(tmbh tweeter je kalo nk surround)


6. 5 org dewasa pun tak jd hal. mendap?? mmg la kalau bdn seko-seko mcm gajah..klau spring tlalu keras pn x best
masa corner. setting lotus tu dah ok sgt. kalau taknak mendap..tukar je absober dan spring saga R3

7. kete kalau modified..bleh convert ke AUDI @ Volkswagen GolfGTI. (yg ni je aku dh nmpk org buat setakat ni..)

8. aircond saga ni kuat..aku jarang sgt setting ke level 2,3,4. (maybe sbb masih dara lg kot..)


9. enjin senyap sgt..tak mcm kete korea skrg. apatah lg myvi, viva (adik aku bleh x sedar enjin dah start..nsb
baik lah dia tak tekan paddle minyak masa aku dok dpn kete) kete aku auto mode

10.dalaman mmg snyap..tak yah la gatal nk pasang soundproof mcm myvi, viva, kancil tu...huhu..

problem: power window. itu pun aku tak perasan air hujan masuk dlm kene butang panel pintu.(mmg salah aku pun)hehe
kesian proton..kene maki dgn korang pasal power window. Padahal salah sendiri. Aku tak risau pun pasal
power window..apa nk takut? warranty ada! balun je

etc: ada kes laki dan bini berebut nk drive saga BLM ni kat tmpat keje aku..yg laki dah taknak drive waja dia.
 
Last edited:
Saga BLM kereta rakyat
Oleh Mohd Razlan Salleh
sumber : akhbar metro november 2008

MUNGKIN ramai yang bertanya mengapa laporan pandu uji kali ini adalah Proton Saga BLM sedangkan model itu sudah lama di pasaran.

Ketika prapelancarannya awal Januari lalu, penulis hanya sempat memandu uji Saga BLM selama tiga hari kerana permintaan 'hangat' daripada rakan media permotoran lain yang turut teruja dengan model berkenaan.


Kini, selepas puas melaram termasuk melakukan perjalanan jauh, penulis membuat kesimpulan ada beberapa keistimewaan Saga BLM sehingga Proton berani mengeksportnya ke luar negara.

Jika rakyat negara India menggelar model Tata Nano kereta rakyat, Saga BLM mungkin mendapat pengiktirafan sama di negara ini.

Buktinya, sehingga Oktober lalu, Saga BLM menerima tempahan lebih 80,000 unit termasuk 43,023 unit berada di jalan raya seluruh negara.

Seperti biasa, ciri luaran Saga BLM memang jauh berbeza berbanding model sebelumnya, sesuai dengan era tahun kegemilangannya sekitar 1980-an.

Lampu depan lebih besar dan lampu belakang jernih menambahkan ciri keselamatan model asal Proton ini.

Casis kukuh sama seperti Savvy membolehkan pemandu dan penumpang lebih selamat ketika di jalan raya.

Malah, Saga BLM model M-line turut dilengkapi beg udara untuk pemandu dan tali pinggang keselamatan praregangan.

Pelancaran model ini juga memperlihatkan Proton turut memperkenalkan logo kepala harimau perak dan berlatar belakang hitam berbanding warna hijau pada model terdahulu.

Sekali imbas, Saga BLM seperti kenderaan import dan jika pemilik melakukan sedikit pengubahsuaian, pasti orang ramai tidak perasan kenderaan berkenaan buatan tempatan.

Sebaik melangkah masuk ke ruang kabin, paparan meter dan papan pemuka yang ringkas dan kemas menjadikan Saga sebuah kenderaan mudah dikendalikan.

Butang kawalan penyaman udara dan radio yang diletakkan secara dekat menjadikan pemandu tidak perlu menggapai tangan terlalu jauh daripada stereng.

Radio daripada Clarion yang boleh memainkan CD kedengaran padat, tidak seperti radio kenderaan lain yang boleh dipertikaikan tahap kualitinya.

Bagi penulis yang agak tinggi, jarak antara kepala dan bumbung sangat memuaskan dan tidak terasa panas apabila memandu pada waktu tengah hari.

Tempat duduk belakang juga nyata luas dan selesa untuk tiga penumpang dewasa menikmati keseronokan menaiki model keenam yang dibangunkan sendiri Proton selepas pelancaran Waja pada tahun 2000.

Paling mengujakan,
keluasan but sehingga 413 liter membolehkan kelima-lima penumpang memuatkan beg pakaian mereka tanpa perlu berkongsi beg seperti kebiasaan.

Seperti kenderaan import lain, Proton juga menggunakan komponen yang dikongsi daripada model lain seperti corong udara daripada Saga model LMST, meter dan papan pemuka daripada Savvy, stereng daripada Neo dan pembuka pintu daripada Persona.

Prestasinya pula, Saga BLM menggunakan enjin CamPro yang dilengkapi dengan 'Integrated Air Fuel Module' (IAFM) yang membolehkan penggunaan minyak lebih optimum dan menjimatkan.

IAFM adalah sistem kemasukan udara yang mempunyai dua liang kemasukan untuk memberikan prestasi yang responsif memandu.

Saga BLM mampu memecut sehingga melebihi 150 kilometer sejam dan tujahan tork yang tinggi untuk mendaki bukit walaupun bermuatan penuh.

Sistem gantungan depan ialah daripada jenis pegas MacPherson dengan bar penstabil manakala dibantu aci palang torsion (torsion beam axle) pada bahagian belakang.

Sistem gantungan ini ditala sendiri Proton yang mendapat suntikan teknologi daripada Lotus Engineering.

Dengan harga serendah RM39,998 termasuk insurans, Saga BLM adalah model yang paling ideal bagi mereka yang berkeluarga kecil tetapi mahukan kenderaan yang jimat, berkuasa dan tidak perlu berhenti berteduh ketika hujan.



SPESIFIKASI

Enjin: CamPro 1.3

Kuasa Maksimum: 95bhp pada 6,000 rpm

Tork Maksimum: 120Nm pada 4,000 rpm

Transmisi: Automatik empat kelajuan

Ciri Keselamatan: Beg udara pemandu, tali pinggang pra-regangan, casis kukuh.

Harga: RM39,998 termasuk insurans

Tayar yang dicadangkan: ComfortContact -1

Saiz standard: 185/60/R140 82H

Saiz Pilihan: 195/50R15 82V
 
xde pon aku dpt masalah2 yg ko bagi ni..
cuma naik 3 org xtau laa..x pernah cuba..munkin kot mendak..

pintu tutup x perlu kuat2 sgt..kuat ckit je..sama aku rasa ngan keta lain..x salah aku Savvy yg kene tutup kuat2..

aku dah test kereta blm ni. yup, pintu mmg kena tutup kuat baru rapat. ini aku bandingkan dengan kereta viva bini aku. setiap kalo bawa blm mesti kena 2 kali tutup pintu baru rapat. mungkin sbb aku dah biasa dgn kereta produa.

yg aku suka dengan kereta blm ni enjin campro dia. senyap kalo nak banding dengan viva, kelisa mahupun kancil.

tp syg 1.3 tak cukup power nak bawa body saga blm ni. kalo 1.6, mesti masyuk giler.
 
aik?? pasal apa pintu ko jadi gitu?? ni kes sayang kete baru la nih...
sama mcm aku...takut nk hempas kuat2...hehe normaly pintu takde problem..

dah baca ulasan wartawan metro pasal BLM??? dia tak komen pasal pintu pun kan?

nak enjin 1.6?? tunggu laa..proton mmg nk keluarkan BLM 1.6. Harga msti naik punya...
 
Last edited:
aku tgk saga blm ni nak tiru mecedest benz kunci dia sekali dgn alarm,lepas tu signal dia belah kiri,aku tengok cina banyak pakai,aku dah test drive bawa kereta blm ni,selesa dan bagus,cuma kalau tgk di luaran belakang dia sedikit kontot,tapi dalam luas ,tambah boot belakang memang luas boleh bubuh berapa puluh bijik durian ,aku syorkan sapa nak beli tu berbaloi dgn harga yg di tawarkan
 
Back
Top
Log in Register