BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp Virgin Atlantic Perkenal Ciri Daftar Masuk Melalui WhatsApp

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Infobip bekerjasama dengan syarikat penerbangan Virgin Atlantic untuk meningkatkan kadar daftar masuk dalam talian bagi penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow, London dengan memperkenalkan ciri daftar masuk melalui aplikasi WhatsApp. Penumpang Virgin Atlantic yang akan berlepas dari lapangan terbang itu boleh mendaftar masuk melalui WhatsApp apabila menerima pautan untuk daftar masuk melalui aplikasi itu atau laman sesawang Virgin Atlantic sebelum mereka tiba di lapangan terbang.
1757340028508.png

Penumpang juga menerima maklumat tambahan seperti nombor terminal dan zon melalui WhatsApp selepas daftar masuk. Jika penumpang tidak dapat dihubungi melalui WhatsApp, sistem akan beralih secara automatik kepada SMS. Hasilnya, kadar daftar masuk dalam talian telah meningkat sebanyak 11%, sekali gus mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di kaunter lapangan terbang. Virgin Atlantic merancang untuk meluaskan penggunaan sistem ini ke lapangan terbang utama lain di UK seperti Edinburgh dan Manchester.​
 
Back
Top
Log in Register