BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral sotong goreng RM100

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831


FB_IMG_1637739665258.jpg
FB_IMG_1637739668325.jpg

Tangkap layar resit pembayaran harga sotong goreng yang mencecah RM100 dua ekor di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Perkongsian seorang pelanggan mengenai pengalamannya menikmati nasi kandar berlaukkan dua ekor sotong goreng berharga RM100 di sebuah restoran nasi kandar popular di sini mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial hari ini.

Menurut perkongsian oleh seorang lelaki di Facebook, dia mengingatkan agar rakan-rakannya berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di negeri ini kerana menganggap harganya yang mahal.

“Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM100,” katanya.

Lelaki berkenaan turut berkongsi gambar hidangan sotong itu yang bersaiz agak besar dan dinikmati bersama nasi beriani.

Selain itu, pengguna Facebook itu turut berkongsi gambar sekeping resit yang dikeluarkan di restoran tersebut pada pukul 5.09 petang semalam.

Resit itu memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM100, manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2).

Sementara itu, wakil pengurusan restoran berkenaan ketika dihubungi Kosmo! hari ini memaklumkan pihaknya telah meletakkan tanda harga bagi setiap menu, manakala harga sotong berkenaan adalah harga standard di restoran itu. – K! ONLINE.

 
Pemilik resit mohon maaf, nafi viralkan

GEORGE TOWN – Pengusaha restoran nasi kandar Hameediyah mendakwa pemilik resit asal resit hidangan dua ekor sotong goreng bernilai RM100 mohon maaf kepada mereka menerusi mesej di aplikasi WhatsApp hari ini.

Pengarah Restoran Hameediyah Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30, berkata, wanita berkenaan turut menafikan dirinya yang mempertikaikan harga hidangan sotong goreng ‘apollo’ itu dengan memuat naik mesej di media sosial.

Katanya, pelanggan itu mendakwa ada pihak lain menyunting gambar yang dimuat naiknya di Instagram dengan kapsyen tertentu.

“Pelanggan tersebut mesej saya sebentar tadi untuk beri penjelasan sebenar, selain mengaku tahu akan harga hidangan sotong goreng ‘apollo’ itu.

“Selain itu, individu berkenaan turut meminta saya untuk memuat naik perbualan mohon maaf ini agar orang ramai dapat penjelasan sebenar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Muhammad Riyaaz, dia menerima permohonan maaf pelanggan tersebut memandangkan individu itu tidak berniat untuk menjatuhkan reputasi restorannya.

“Bagaimanapun, saya bercadang untuk membuat laporan berhubung isu ini agar pihak polis dapat menjalankan siasatan mengenal pasti individu yang sengaja mencetuskan isu harga hidangan di restoran nasi kandar ini,” katanya. – MalaysiaGazette

CA8A685A-DD78-44E6-8989-5246E1EF5405-scaled.jpeg

"Sotong goreng 'appollo' ini tidak murah, kami sendiri membelinya pada harga RM35 hingga lebih RM40 sekilogram malah harga di pasaran sentiasa berubah-ubah," katanya di sini hari ini.
https://www.utusan.com.my/.../sotong-rm100-restoran.../

Sotong RM100: Restoran Hameediyah perjelas hal sebenar​

WhatsApp-Image-2021-11-24-at-4.05.15-PM.jpeg
TULAR gambar yang dimuat naik individu yang tidak berpuas hati kerana dikenakan bayaran RM100 untuk dua ekor sotong.

  • 24 November 2021, 4:31 pm


GEORGETOWN: Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell yang merupakan antara restoran nasi kandar popular di negeri ini menjadi topik panas dalam media sosial selepas resit hidangan dua ekor sotong berharga RM100 tular hari ini.

Salinan resit berkenaan yang menunjukkan harga bagi dua ekor sotong goreng berharga RM100 manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2) menjadi perdebatan warga maya yang menganggap harga berkenaan melampau.

Menjelaskan perkara itu, Pengarah Restoran Hameediyah Lebuh Campbell, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, harga kesemua makanan yang dijual di restoran itu disenaraikan dengan jelas termasuk hidangan sotong yang dijual antara RM10 dan RM150.

“Saya yang mengambil pesanan individu ini dan pasangannya yang mana mereka telah membungkus sotong goreng untuk dibawa pulang selain nasi beriani, nasi putih, telur masin, sebungkus papadom dan hidangan timun.

“Sotong goreng ‘appollo’ ini tidak murah, kami sendiri membelinya pada harga RM35 hingga lebih RM40 sekilogram malah harga di pasaran sentiasa berubah-ubah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sotong goreng yang dibungkus untuk pasangan berkenaan juga bersaiz besar yang mana harganya antara RM110 dan RM120 untuk dua orang, namun dia telah memberikan diskaun kepada pelanggan terbabit.

“Apabila pelanggan ini menempah hidangan sotong tersebut mereka tidak bertanyakan mengenai harganya.

“Pelanggan wanita tersebut dengan jelas melihat saya memasukkan jumlah harga sotong ke sistem pembayaran, dia tidak mengadu apa-apa ketika itu.

“Saya tidak sangka mereka bertindak menyiarkan salinan resit ini ke media sosial dan saya anggap mereka sengaja mahu tularkan resit ini,” katanya.

Tambahnya, ini bukan kali pertama restoran berkenaan tular kerana harga makanan yang dijual di situ, namun bagi pihaknya kesemua harga telah dipamerkan dengan jelas di papan tanda harga.

“Sebelum ini hidangan ayam piru turut menjadi tular kerana dianggap mahal, namun kami tidak memaksa pelanggan membelinya kerana semua harga telah dipamerkan.

“Saya sendiri meminta pekerja untuk memaklumkan kepada pelanggan mengenai harga hidangan tertentu yang mahal, namun mereka mungkin terlupa kerana pelanggan telah lama menunggu,” katanya. -UTUSAN ONLINE




FB_IMG_1637739665258.jpg
FB_IMG_1637739668325.jpg

Tangkap layar resit pembayaran harga sotong goreng yang mencecah RM100 dua ekor di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Perkongsian seorang pelanggan mengenai pengalamannya menikmati nasi kandar berlaukkan dua ekor sotong goreng berharga RM100 di sebuah restoran nasi kandar popular di sini mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial hari ini.

Menurut perkongsian oleh seorang lelaki di Facebook, dia mengingatkan agar rakan-rakannya berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di negeri ini kerana menganggap harganya yang mahal.

“Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM100,” katanya.

Lelaki berkenaan turut berkongsi gambar hidangan sotong itu yang bersaiz agak besar dan dinikmati bersama nasi beriani.

Selain itu, pengguna Facebook itu turut berkongsi gambar sekeping resit yang dikeluarkan di restoran tersebut pada pukul 5.09 petang semalam.

Resit itu memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM100, manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2).

Sementara itu, wakil pengurusan restoran berkenaan ketika dihubungi Kosmo! hari ini memaklumkan pihaknya telah meletakkan tanda harga bagi setiap menu, manakala harga sotong berkenaan adalah harga standard di restoran itu. – K! ONLINE.



Mahal betul sampai RM50 sekor goreng
 
makin menjadi jadi pulak...

lepas makan baru nak viral..mahal la...tu la ..ni la


sebelum makan ..tanya la dulu

kan senang mcm tu...

tanya dulu harga berapa sebelum amik

sangap betul orang2 mcm ni
 
Back
Top
Log in Register