BTC USD 84,397.0 Gold USD 4,278.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral berita dan dosa jariah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
image.jpg

PERKATAAN viral amat sinonim dengan budaya media sosial dewasa kini. Dalam bahasa yang mudah difahami perkataan viral membawa maksud perihal merebaknya sesuatu berita atau maklumat bagaikan virus yang mampu mencetuskan fenomena tertentu mahupun mencorakkan persepsi masyarakat

Tidak dinafikan kehebatan teknologi maklumat kini dengan pelbagai aplikasi media sosial yang canggih seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, Telegram dan sebagainya sememangnya banyak mempengaruhi fenomena viral dalam kalangan masyarakat

Tidak sukar untuk sesuatu maklumat mahupun berita diviralkan. Hanya dengan menggerakkan jari-jemari mahupun memetik satu dua papan kekunci, sesuatu berita dan maklumat tersebar begitu pantas tanpa tapisan

Amat dangkal jika ada yang mengeluh marah dengan aplikasi media sosial ini atau ingin sewenangnya mencadangkan diharamkan terus penggunaannya. Bagi penulis, pelbagai media sosial kini hanyalah alat yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan atau sebaliknya. Analoginya seperti sebilah pisau yang boleh sahaja digunakan untuk perbuatan mungkar seperti membunuh dengan cara yang tidak sah ataupun dimanfaatkan untuk kebaikan seperti memotong daging untuk disedekahkan kepada yang memerlukannya

Aplikasi media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instragram dan Telegram, boleh sahaja digunakan untuk penyebaran ilmu dan dakwah hingga seseorang itu mampu mengumpulkan pahala jariah yang berterusan sehingga hari kiamat walaupun jasadnya sudah mati

Sebaliknya jika aplikasi media sosial hari ini dijadikan alat penyebaran berita-berita tidak benar mahupun maklumat-maklumat berupa fitnah atau ghibah, nescaya kita boleh terjerumus dalam kancah dosa-dosa jariah atau istilah yang digunakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai maksiat jariah

Perkataan jariah ini bermaksud sifat sesuatu perkara yang berterusan. Apabila dinisbahkan kepada pahala ataupun dosa, ia membawa makna bahawa pahala atau dosa tersebut akan berterusan, berkekalan dan terus hidup walaupun jasad manusia hakikatnya telah mati

Demikianlah yang dimaknakan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum ad-Din dengan kata-katanya: “Betapa beruntungnya bagi orang yang telah mati, dalam masa yang sama, dosanya juga turut mati (terhenti), tetapi celakalah bagi orang yang telah mati, namun dosanya masih kekal berterusan selama seratus tahun, dua ratus tahun, atau lebih dari itu (bergantung kepada kesan amalan buruknya). Dia diazab di dalam kuburnya kerana dosa-dosa tersebut (selagi mana dosa-dosa tersebut memberi kesan kepada orang lain)”

Jika kita teliti kata-kata Imam al-Ghazali ini, kita akan dapati bahawa kata-kata ini terdapat sandarannya dari al-Quran dan as-Sunnah iaitu firman ALLAH dalam Surah Yasin ayat 12: “Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan, serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (catatan amalan) yang jelas nyata”

Ayat ini jelas menyatakan bahawa setelah seseorang meninggal dunia, bukan hanya amalan yang telah dikerjakan sahaja ditimbang dosa dan pahalanya di sisi ALLAH, bahkan segala kesan perbuatannya termasuklah kesan dari kata-katanya juga akan ditimbang dan diambil kira di sisi ALLAH

Kecenderungan berkongsi dan meviralkan maklumat serta berita yang belum dapat dipastikan keabsahan dan kesahihannya boleh menempah diri kita kepada kecelakaan. Kecelakaan sebegini lebih buruk kerana bukan sahaja mengumpulkan dosa fitnah dan ghibah lantaran maklumat yang disebarkan, tetapi apabila ia menjadi viral dan dikongsi pula pelbagai pihak, dosa-dosa tersebut bagaikan virus yang membarah dan membesar kerana menjadi dosa jariah yang tidak mampu dibendung lagi. Akhirnya setiap kali orang membaca mesej yang diviralkan itu, setiap kali itu jugalah kita menanggung dosa-dosa jariah yang menyebabkan kita menjadi muflis di akhirat

Nabi SAW dalam hadis sahih riwayat Muslim telah menjelaskan perihal orang yang muflis akhirat ini. Mereka ini dianggap muflis kerana segala pahala kebajikannya sepanjang kehidupan di dunia akan berpindah kepada mereka yang dianiayainya kerana berita fitnah, tohmah, ghibah, kutukan, labelan, bahkan memakan harta secara tidak sah. Manakala dosa-dosa mereka yang dianiayainya itu berpindah kepada dirinya hingga tiada apa lagi yang tinggal untuk dipersembahkan kepada ALLAH pada hari pembalasan kelak

Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam keghairahan membudayakan ‘viral’ sesuatu berita atau maklumat dengan pelbagai kemudahan media sosial kini


* Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
 
Tugas Kita: Menapis dan Menyebar Berita dengan Bijak

Dalam dunia yang penuh dengan maklumat hari ini, tanggungjawab kita bukan sekadar menerima berita, tetapi juga menapis dan menyebarkannya dengan bijak. Dengan media sosial dan teknologi yang berkembang pesat, berita palsu atau maklumat yang tidak sahih mudah tersebar, sering kali tanpa disedari.

1. Kepentingan Menapis Berita

Islam sangat menekankan kepentingan memeriksa kebenaran sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah Al-Hujurat, 49:6)

Ayat ini menegaskan bahawa kita perlu menyelidik sumber berita sebelum mempercayainya dan menyebarkannya kepada orang lain. Berita yang tidak benar boleh menimbulkan fitnah, perpecahan, dan kekeliruan dalam masyarakat.

2. Bagaimana Menapis Berita?

Beberapa langkah yang boleh kita amalkan:
✅ Semak sumber berita – Pastikan ia datang daripada sumber yang boleh dipercayai.
✅ Rujuk pihak berautoriti – Jika berita berkaitan hukum Islam, rujuk ulama. Jika berkaitan kesihatan, rujuk doktor.
✅ Bandingkan dengan sumber lain – Jangan hanya bergantung kepada satu sumber.
✅ Tanya diri sendiri: Perlu atau tidak untuk disebarkan? – Jika ia boleh membawa manfaat dan kebaikan, sebarkan. Jika tidak pasti atau boleh menimbulkan fitnah, lebih baik diam.

Nabi ﷺ bersabda:
“Cukuplah seseorang itu dikatakan berdusta apabila dia menceritakan setiap apa yang didengarnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Ini bermaksud, kita tidak boleh menyebarkan maklumat secara sembarangan tanpa memastikan kebenarannya.

3. Menyebarkan Berita dengan Hikmah

Selain menapis berita, kita juga bertanggungjawab menyebarkan berita yang benar dan bermanfaat. Islam menggalakkan penyebaran ilmu yang baik, terutamanya yang boleh memperbaiki masyarakat.

Nabi ﷺ bersabda:
“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Namun, dalam menyampaikan sesuatu, kita perlu menggunakan pendekatan yang bijak dan berhikmah, agar tidak menimbulkan ketegangan atau salah faham dalam masyarakat.

Pada era digital ini, tugas kita bukan sekadar menerima maklumat, tetapi juga menapis dan menyebarkannya dengan penuh tanggungjawab.

Berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan berita adalah satu tuntutan agama yang perlu kita amalkan bagi menjaga keharmonian dan mengelakkan fitnah dalam masyarakat.

Jangan kerana ingin menjadi yang pertama, keghairahan tersebut membuat kita tergolong dalam kalangan penyebar berita palsu dan pengadu domba!

Semoga kita semua menjadi penyampai berita yang bertanggungjawab dan tidak menjadi penyebab tersebarnya maklumat palsu.

 
1000497216.jpg


Peringatan Rasulullah SAW: Jangan Sebar Berita Tanpa Selidik Terlebih Dahulu

“Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya.”

Sebelum kita “Go Viral,” ingatlah pesanan Rasulullah SAW untuk menyelidik setiap berita yang diterima. Jangan mudah terikut-ikut menyebarkan sesuatu yang belum pasti kebenarannya.

Pastikan kita menyebarkan kebaikan, bukan fitnah atau kepalsuan.

#tabayyun
#pelantransformasialfalah
#malaysiamadani
 
Back
Top
Log in Register