BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Video pengakuan murtad akan didedah

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUANTAN 25 Feb. – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali akan mendedahkan rakaman video yang merupakan bukti tentang wujudnya usaha memurtadkan umat Islam terutamanya di Selangor.

Menurutnya, rakaman video tersebut akan memaparkan pengakuan mereka yang pernah murtad dan mengikuti majlis pembaptisan, meminum air suci, menghadiri sesi makan malam keagamaan dan kursus setiap minggu serta diberikan buku dan kitab yang berkaitan.

“Saya ada bukti-bukti cukup yang sebahagian daripada maklumat itu saya peroleh daripada orang yang murtad itu sendiri,” katanya ketika berucap pada program Bicara Ummah yang dihadiri kira-kira 6,000 orang di Padang Awam, Perkampungan Sungai Isap Perdana di sini malam tadi.

Menurutnya, beliau mengambil langkah tersebut kerana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuduhnya cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan kepada rakyat kerana terlalu beria-ia sangat untuk menghapuskan gejala murtad.

Hadir sama pada program itu ialah bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin.

Rabu lalu, Abdul Khalid dilaporkan telah meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjalankan siasatan mengenai dakwaan wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di negeri itu.

Dalam pada itu Hasan berkata, Malaysia kini menjadi tumpuan para pengembang agama Kristian yang datang dari seluruh dunia seperti England, Australia, Jerman dan yang paling ramai adalah dari Korea Selatan, Filipina serta Indonesia.

“Mereka datang dalam bilangan yang besar dan duduk di seluruh pelosok tempat di Malaysia. Mereka mempunyai tugasan yang sasaran mereka bukan orang Cina, bukan orang India tetapi orang Melayu Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negara ini supaya mengukuhkan akidah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran yang mahu menyesat serta memurtadkan umat Islam di negara ini.

Sementara itu di TERENGGANU, Hasan Ali ketika berucap pada majlis Himpun Sejuta Umat Selamatkan Akidah di Stadium Negeri di sini hari ini berkata, mubaligh tersebut terdiri daripada golongan cerdik pandai termasuk ramai yang memiliki doktor falsafah (PhD) serta sarjana dalam pelbagai bidang antaranya psikologi, antropologi dan Islam.

Program Himpun anjuran Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Pusat yang dihadiri kira-kira 7,000 orang itu merupakan kali kelima dalam siri jelajah seluruh negara selepas dimulakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Hasan memberitahu, gerakan memurtadkan orang Melayu itu dilakukan secara halus dengan mendekati mangsa di sekolah-sekolah selain mengunjungi para pesakit di hospital.
 
hidop dr hassan ali.......perangi org murtad..........
 
selepas bongkar kena cadang dan susun langkah menangani...
 
dah berapa lama dia nak bongkar? rasanya dah lama dia ceramah.. ke lupa nak tunjukkan video sebab banyak sangat hentam pas?
 
bimbang betul la..org bijak pandai pon boleh terjebak apatah lagi budak2 kt kg xda keja merempit sana sini...minta pada Allah pelihara akidah kita semua..aminn
 
Baguslah dia nk perangi.. moga diberkati Allah.. Soal politik tolak tepi..
 
banyak faktor yang menyebabkan murtad ni...
mubaligh kristian juga sama seperti pendakwah kita,
ingin menyeru manusia kejalan mereka...
masing2 ada ideologi dan cara sendiri...
kita yang masih mempunyai pegangan yang kukuh ni sama2lah berdoa semoga sentiasa dikuatkan iman dan yakin pada yang ESA..
anything can happen,semuanya atas kehendak Allah..
 
Back
Top
Log in Register