BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Vasseti Datatech lancar perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi 1 Jun

fibre sumer dtg dari satu company ni je dekat malaysia, kepunyaan anak seorang yang tersohor di malaysia? itu kene kontrol beb, lubuk tu
 
hahahaha.....jangan harap nak pakai servis ni buat sementara ni.... 3 lokasi jer yang ada servis ni

1000MBps.png
 
lokasi limited la,

tunggu la, pakai optik tu, bukan semua tempat dapat, cam unifi gak kan.

1000MBps.png
KUALA LUMPUR - Vasseti Datatech Bhd akan memperkenalkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di Malaysia pada 1 Jun berikutan penandatanganan perjanjian perkhidmatan dengan GL Broadband (GLBB), iaitu satu penyedia perkhidmatan internet pelbagai bahasa di Jepun.

Pengarah Urusan Kumpulan Ranjeet Singh Sidhu berkata kumpulan itu telah melabur kira-kira RM500 juta untuk memasang serat optik bagi pelaksanaan perkhidmatan itu.

"Kami berharap memulakan perkhidmatan kami pada 1 Jun dan menjangka mencapai 20,000 pengguna dalam tempoh enam bukan beroperasi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perkhidmatan perkhidmatan itu hari ini.

Ranjeet menandatangani bagi pihak Vasseti manakala GLBB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Edward Foulkes.

Ranjeet berkata GLBB akan menjadi rakan penyumberan luar rasmi Vasseti dalam pengemblengan dan peluasan penawaran jalur lebar itu dan akan menguruskan kesemua operasi perniagaan dan komersil Vasseti.

"GLBB akan menyandarkan aset tekco Vasseti seperti V Telecoms Bhd yang memiliki infrastruktur serat optik yang meluas di Lembah Klang serta Semenanjung Malaysia," katanya.

Foulkes berkata projek itu akan dilaksanakan secara berfasa, bermula di Lembah Klang sebelum dipanjang ke negeri lain di Malaysia dalam tempoh enam bulan.

"Kami menjangka menjelang akhir 2012, seluruh Malaysia akan dapat menerima perkhidmatan kami," katanya sambil menyatakan kumpulan itu masih belum memutuskan caj penggunanya.

"Kami akan menawarkan penyelesaian jalaur lebar 5Mbps, 10Mbps, 20Mbps dan 50Mbps bagi pengguna kediaman dan perniagaan," katanya. - Bernama
 
Maxis mana ada fiber sendiri. Tu semua guna TM punya. Tapi ramai yg tak tau.

Diaorg dah tanam sekitar tahun 98- 99, klu tengok kat tepi2 jalan federal , kalau nampak ada tiang hijau kecil dlm 2 kaki mcm tu ( skrg tiang2 tu habis tercabut ) ja tepi jalan diaorg tanam utk tanda fibre diaorg. Kawan saya dpat projek tu sekitar tahun itu. Buat kerja dari 8 malam sampai subuh, pastu rest, sambung next pulak, sebab diaorg tanam bawah jalan bandar2 dan tepi2 jalan federal.
Dulu projek ni nak guna utk pstn ala fibre:) dan juga cadangan untuk support link ke bts2 mereka, diaorg untung sebab diaorg ambil fibre 017 yg telah di tanam sepanjang hiway pastu tarik ke bandar2 berdekatan. Tapi infro fibre diaorg pun diam , sama mcm celcom .

Diaorg buat fibre selepas celcom tanam fibre sekitar tahun 95 - 97, bawah jalan bandar2 ada fibre celcom ngan maxis, cuma mereka tak guna pun sb hal2 tertentu:):):) selepas tu baru diaorg guan 3rd party fibre provider spt skrg, entah kenapa eik, he he he he he
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register