BTC USD 82,942.1 Gold USD 4,137.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Vasseti Datatech lancar perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi 1 Jun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Vasseti Datatech Bhd akan memperkenalkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di Malaysia pada 1 Jun berikutan penandatanganan perjanjian perkhidmatan dengan GL Broadband (GLBB), iaitu satu penyedia perkhidmatan internet pelbagai bahasa di Jepun.

Pengarah Urusan Kumpulan Ranjeet Singh Sidhu berkata kumpulan itu telah melabur kira-kira RM500 juta untuk memasang serat optik bagi pelaksanaan perkhidmatan itu.

"Kami berharap memulakan perkhidmatan kami pada 1 Jun dan menjangka mencapai 20,000 pengguna dalam tempoh enam bukan beroperasi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perkhidmatan perkhidmatan itu hari ini.

Ranjeet menandatangani bagi pihak Vasseti manakala GLBB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Edward Foulkes.

Ranjeet berkata GLBB akan menjadi rakan penyumberan luar rasmi Vasseti dalam pengemblengan dan peluasan penawaran jalur lebar itu dan akan menguruskan kesemua operasi perniagaan dan komersil Vasseti.

"GLBB akan menyandarkan aset tekco Vasseti seperti V Telecoms Bhd yang memiliki infrastruktur serat optik yang meluas di Lembah Klang serta Semenanjung Malaysia," katanya.

Foulkes berkata projek itu akan dilaksanakan secara berfasa, bermula di Lembah Klang sebelum dipanjang ke negeri lain di Malaysia dalam tempoh enam bulan.

"Kami menjangka menjelang akhir 2012, seluruh Malaysia akan dapat menerima perkhidmatan kami," katanya sambil menyatakan kumpulan itu masih belum memutuskan caj penggunanya.

"Kami akan menawarkan penyelesaian jalaur lebar 5Mbps, 10Mbps, 20Mbps dan 50Mbps bagi pengguna kediaman dan perniagaan," katanya. - Bernama
 
laju gak nih..rm199 per month..
boleh tapau kompeni internet lain ni..:D
 
uiks...laju gak ni..
leh tukar camni..
 
coverage limited ni
 
Back
Top
Log in Register