BTC USD 84,693.7 Gold USD 4,147.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Van rempuh lori, 2 maut

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
mati_1488368892.jpg


Dua lelaki maut selepas van dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kajang SILK​

Kajang: Dua lelaki maut selepas van dinaiki merempuh belakang sebuah lori di Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Kajang SILK) berhampiran plaza tol Sungai Long menghala ke Semenyih, di sini kira-kira jam 1 tengah hari tadi

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.33 tengah hari sebelum mengerahkan 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang ke lokasi kejadian

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati dua lelaki tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang di bahagian depan

“Kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa. Kedua-dua lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala,” katanya

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

http://www.hmetro.com.my/node/210062
 
Back
Top
Log in Register