BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Van bawa RM12 juta terbalik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Pengendali CIT mengangkat beg besar berisi wang dianggarkan bernilai RM500,000 daripada van keselamatan terbabit

image.jpg

Pemindahan wang dilakukan dengan kawalan ketat polis bersenjata


HULU SELANGOR - Sebuah van keselamatan membawa lebih RM12 juta dalam perjalanan ke sebuah bank di Batang Kali, terbabas dan terbalik di simpang tiga Jalan Bukit Beruntung-Rasa, tengah hari semalam.

Pemandu, Mohd Azrul Hamid, 26, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika dia bersama pengawal keselamatan dan dua pengendali wang pemindahan (CIT) dalam perjalanan ke sebuah bank di Batang Kali.

Katanya, sebaik membelok di persimpangan itu, dia gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terbalik kerana jalan berpasir.

“Jalan berpasir, jadi masa membelok menghala ke Rasa, van terbabas ke kanan dan terbalik sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Tapi, saya bersama tiga yang lain bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di tempat kejadian.

Mohd Azrul berkata, terdapat 13 beg besar dan enam beg kecil mengandungi wang tunai dianggarkan lebih RM12 juta untuk kegunaan mesin juruwang automatik (ATM) serta deposit tunai, tersimpan dalam peti simpanan keselamatan van itu.

Menurutnya, jumlah berkenaan dinilai berdasarkan bilangan bil yang ada dengan setiap satu bil tertera jumlah RM500,000 dan ia tidak termasuk enam beg kecil berisi simpanan wang tunai.

“Kami baru selesai urusan di bank sekitar Rawang, Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Sepatutnya wang ini dibawa ke Batang Kali sebelum berakhir di Tanjung Malim.

“Tapi disebabkan kemalangan, kami perlu tunggu van keselamatan lain untuk membawanya,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, wang itu berjaya dipindahkan ke van lain tepat jam 2 petang dengan kawalan ketat polis bersenjata.

Penduduk sekitar turut berkumpul menyaksikan pemindahan wang melebihi RM12 juta itu



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/van-bawa-rm12-juta-terbalik-1.142119
 
kalu kat us sure puak tu kumpul gi rompak gak, mcm dlm filem gitu
 
Banyak duit tu...tak de sapa berani nak kutip,kalau duit syiling yang bertabur kat jalan mesti ramai yang berebut nak kutip.
 
Banyak duit tu...tak de sapa berani nak kutip,kalau duit syiling yang bertabur kat jalan mesti ramai yang berebut nak kutip.

dulu kan ada kes tokey bisnes mana ntah bawa duit syiling 4wd dia terbalik abis berterabur duit syiling kat highway

pastu kes van bawa duit untuk bank islam pun tergolek gak
 
cuai ni...nak kutip pun x boleh...ada polis guard
 
Back
Top
Log in Register