BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Utusan Studios teroka pasaran antarabangsa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

MOHD. NOORDIN ABBAS​

KUALA LUMPUR 9 Mei - Anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (M) Bhd., Utusan Studios Sdn. Bhd. mengorak langkah mengembangkan prospek perniagaan ke bidang penerbitan program dokumentari bagi pasaran antarabangsa melalui penyertaannya di Marche International des Programmes de Television (Miptv) di Perancis, pada 13 April sehingga 16 April lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata, Utusan memiliki khazanah berharga dalam bentuk kandungan berita dan pelbagai cerita sepanjang lebih 75 tahun kewujudannya.

Katanya, syarikat itu percaya, khazanah tersebut dapat dimanfaatkan lagi jika ia dijadikan dalam bentuk audio atau video dan dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

“Miptv yang terkenal sejak 1964 adalah acara tahunan di Cannes, Perancis dan merupakan lokasi Festival Filem Cannes yang menjadi salah satu pasaran utama dunia bagi karyawan menjalinkan kerjasama untuk menerbit, membeli, menjual, membiayai dan mengedarkan kandungan bercorak audio atau video.

“Acara tersebut juga menyediakan platform bagi pelbagai pihak yang terlibat dalam penerbitan dan pengedaran kandungan televisyen, filem, digital dan audio atau video untuk berbincang, menjalin hubungan dan menjual beli hak cipta kandungan di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Noordin, bidang penerbitan audio atau video mempunyai sinergi dengan perniagaan semasa Kumpulan Utusan serta mempunyai potensi yang lebih besar, terutamanya di pasaran antarabangsa.

Katanya, penerokaan terus ke arena antarabangsa dapat memberikan lonjakan jauh dan pantas untuk Utusan Studios mengembangkan perniagaannya.

Malah jelasnya, Miptv sudah dikenali dalam kalangan peserta industri media ini di serantau dunia terutama dengan penyertaan syarikat-syarikat gergasi seperti Fox dan Warner setiap tahun.

“Penyertaan ke Miptv memberikan gambaran kepada bakal rakan-rakan niaga betapa seriusnya Utusan Studios dalam usaha meneroka bidang penerbitan audio atau video ke peringkat antarabangsa.

“Selain itu, Miptv memberi peluang kepada kita untuk menjalinkan hubungan dengan peserta industri dengan pantas,” katanya.

Utusan Studios ditubuhkan pada tahun 1992 dan di peringkat awalnya memberi tumpuan kepada perniagaan penyewaan studio rakaman bagi industri muzik sebelum menceburi bidang penerbitan program televisyen untuk beberapa stesen televisyen tempatan.
 
Back
Top
Log in Register