BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UTM pamer kehebatan prototaip UAV

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

MOHD. AZRAAI KASSIM (empat dari kiri) bertanyakan sesuatu mengenai pesawat UAV selepas beliau merasmikan Demonstrasi pesawat UTM-UAV CAMAR 1 di Padang Tapak UTM, Skudai, Johor, semalam.


JOHOR BAHRU 15 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melangkah dalam merintis projek penyelidikan dan pembangunan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) dengan melancarkan prototaip pesawat itu yang dikenali sebagai UTM-UAV Camar 1, di sini hari ini.

Peralatan pintar yang dihasilkan menerusi pembangunan strategi berfasa itu dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan sistem pemanduan automatik yang membolehkannya terbang pada altitud dan koordinat yang ditetapkan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Ir. Mohd. Azraai Kassim berkata, pesawat itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, antaranya mengutip data bagi tugas pemetaan dan kerja pemantauan yang tidak memerlukan tenaga manusia.

“Prototaip pesawat ini direka sendiri oleh Kumpulan Aeronautik UTM yang terdiri daripada lapan penuntut ijazah kedoktoran dengan kerjasama Unmanned System Technologies Sdn. Bhd. (UST) yang merupakan anak syarikat Composite Technology Research Malaysia (CTRM).

“Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dua tahun lalu merangkumi penyelidikan kejuruteraan aeronautik, aerodinamik, avioniks dan instrumentasi, struktur dan bahasa serta sistem dinamik dan kawalan pesawat,” katanya semasa menyaksikan demonstrasi penerbangan pesawat itu, di sini.

Mohd. Azraai berkata, UTM-UAV Camar 1 mempunyai rentang sayap sepanjang dua meter, berat maksimum kira-kira lima kilogram dan mampu terbang selama dua jam pada ketinggian 400 meter dalam lingkungan jarak 20 kilometer dan berkelajuan 18 meter per saat.

Menurutnya, pesawat berkenaan berjaya disiapkan dalam tempoh setahun setengah termasuk proses reka bentuk, analisis dan ujian.

“Kejayaan program ini hasil pembangunan teknologi dan kepakaran tempatan. Prototaip pesawat ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang usahasama dan perkongsian kepakaran dalam aspek aeroangkasa negara dan penerokaan jaringan antarabangsa,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...an-prototaip-uav-1.48419#sthash.IAYzX6jE.dpuf
 
mcm ini yg dikehendaki, syarikat swasta kasi grant atau wat JV dgn IPTA/S
 
baik nih..nnt akan datg leh develop lg..bg cangih..siap kamera..pluru berpandu..roket..hahaha
 
baik nih..nnt akan datg leh develop lg..bg cangih..siap kamera..pluru berpandu..roket..hahaha

sayang UAV Yabhon sangkut program dia..ada potensi utk jadik mini-UCAV
 
bina kaw2...kasi hntr buat risikan...
 
Semart la UTM..
canggih ciptaan dorang..
 
UTM ni memang ramai lecturer dia berkopiah dan berjanggut no...Mantap..SUNNAH
 
macam ada tak kena ler dgn UAV ni..sbb kipas dia terlalu kecil utk tampung pesawat yg agak berat
 
Back
Top
Log in Register