BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz umpan RM3 untuk cabul pelajar

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881

Ustaz umpan RM3 untuk cabul pelajar
1639635281005.jpeg

JAKARTA: Seorang ustaz di sebuah sekolah agama di Jawa Barat ditahan polis selepas didakwa mencabul 10 pelajarnya dengan mengumpan mangsa sebanyak 10,000 rupiah (RM3.00).

Lapor Kompas, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Endra Zulpan berkata, suspek berusia 52 tahun itu dikenali sebagai MMS dan berasal dari bandar Depok.

Menurut Zulpan, MMS melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap pelajar yang berusia antara 10 hingga 15 tahun.

Katanya, suspek menodai, mengugut dan menakut-nakutkan mangsa agar mereka tidak melawan.

“Pelaku juga membayar sejumlah kecil wang kepada mangsa untuk menutup mulut mereka supaya tidak mendedahkan perbuatan terlarang itu,” katanya.

Jelas Zulpan, MMS melakukan perbuatan itu selepas mengajar kelas mengaji pada waktu petang kepada pelajar berkenaan.

Kes pencabulan itu terbongkar selepas salah seorang mangsa memberitahu ibu bapa mengenai kejadian menimpa dirinya.
 
Rm3 boleh buat beli jajan je. Alamak ai ustad
 
Back
Top
Log in Register