BTC USD 81,985.4 Gold USD 4,129.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Syamsul Debat

Ramai yang minta saya komen tentang kenyataan seorang selebriti yang kata hanya perlu tangkap pemberi rasuah bukan penerima.

Saya katakan jika diteliti dalam hadis Nabi sallallah alaih wasallam menyatakan Allah akan melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Jika diteliti dalam sahih Bukhari pula, baginda lebih tekankan tentang pegawai baginda yang merupakan penerima rasuah. Lihat hadis ini:

عن أبي حُميد الساعدي: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعْمَلَ عَامِلاً، فَجَاءَهُ العَامِلُ حِينَ فَرَغَ مِنْ عَمَلِهِ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا لَكُمْ وَهَذَا أُهْدِيَ لِي. فَقَالَ لَهُ: (أَفَلاَ قَعَدْتَ فِي بَيْتِ أَبِيكَ وَأُمِّكَ، فَنَظَرْتَ أَيُهْدَى لَكَ أَمْ لا)؟!
Maksudnya: Nabi sallallah alaih wasallam melantik seorang lelaki, selesai kerjanya dia berjumpa baginda seraya berkata: wahai Rasulullah, ini untuk kamu (negera). Ini pula dihadiahkan kepada saya. Sabda Nabi kepadanya: mengapa tidak kamu duduk di rumah ayahmu dan ibumu dan lihat aadakah hadiah itu akan datang kepadamu atau tidak?!.

Maka saya katakan. Sama sahaja. Jika tidak ada yang beri tidak ada yang terima. Jika tidak ada yang terimatidak ada pula akan beri. Akhirnya kita gaduh macam telur dan ayam mana dulu. Tak sudah-sudah. Mudahnya dua-dua salah.

Dr Rozaimi Ramle
 
Bini pun ketua puteri bahagian, ajk puteri Malaysia
 
masa belajar dulu aku pernah interview dia utk subjek apa ntah dah xingat, dia ketua bahagian undang-undang di MPN (Majlis Perbandaran Nilai).. memang kelakar dan sporting dia ni.. dia pun antara coach debat, tu sebab nama gelaran syamsul debat..

baru2 ni keluar fb n tv lak, viral lak.. tapi betul la sorang forumer tu ckp, xsilap dia xde latarbelakang ustaz, sebab dia memang pure undang2..

maybe sekolah dia sekolah agama kot.. kalau tgk video2 dia pun xsentuh byk sgt tentang dalil2, tapi lebih kpd kehidupan sebenar..

dia dulu memang sekolah agama...tapi bukan ustaz...tapi biasa lah org melayu kita ni suka panggil ustaz...takpe..tak salah..kecuali guna hadis palsu ke..ayat quran ikut suka...tapi hilang respek bila dia pi ke PAU semalam...
 
ilmu dan kaedah penerangam dia psl realiti kehidupan mmg terbaik...bab2 lain dr tu mls nk amik pusing sgt
 
Back
Top
Log in Register