soybean
CG Hardcore Club

- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Disiarkan pada: Mac 9, 2022 @ 12:00pm
Sindiket penipuan ‘mohon tajaan’ gunakan nama individu popular dan glamor.
Kuala Lumpur: Guna pengaruh 'orang glamor' untuk kaut keuntungan berlipat kali ganda.
Itu taktik sindiket penipuan dalam talian atau online yang dikesan mengutip derma tanpa pengetahuan mangsa dalam kalangan individu mahupun kumpulan terkenal.
Modus operandi terbaharu itu mula dikesan bermaharajalela sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Bayangkan jika setiap figura itu mempunyai 200,000 pengikut di media sosial dan setiap daripada mereka menderma seringgit seorang? Maka senang-senang sahaja RM200,000 dikutip sindiket berkenaan menggunakan taktik licik ini.
Senang memanipulasi simpati rakyat Malaysia yang sememangnya dikenali bersifat pemurah serta berjiwa tulus ingin membantu golongan susah menyebabkan tipu guna alasan derma menjadi modus operandi popular.
Umpama tidak takutkan neraka, penyangak tidak memilih sasaran dan terbaharu seorang ustaz yang juga pengasas institusi pengajian al-Quran menjadi mangsa.
Gambar mangsa, Muhammad Hazim Mohd Noh, 32, yang popular dengan gelaran 'Ustaz Sopan' diguna pakai sindiket penipuan kononnya bagi meraih sumbangan untuk anak yatim.
Mendedahkan kepada Buletin TV9, Pengetua Solusi Pandai Ngaji (Sopan) itu berkata, pusat pengajiannya tidak pernah memohon sumbangan atas nama individu seperti yang tular di media sosial.
"Pakai nama dan gambar ustaz menjadikan orang lebih yakin, orang nampak apabila ustaz yang bercakap.
"Dia (sindiket) ambil gambar profil yang saya pakai di Facebook (FB). Pelajar saya pula memang saya 'friend' (kawan) di FB, jadi mereka kenal profil saya.
"Sindiket menggunakan profil saya di FB yang digunakan sebagai profil di WhatsApp untuk memungut derma," katanya.
Menurutnya, menerusi WhatsApp yang dikesan dihantar kepada mangsa berpotensi ditipu, beliau digambarkan meminta sumbangan untuk anak yatim di Malaysia termasuk dengan melampirkan poster yang sudah disunting.
Bagaimanapun, katanya, pihak institusi dapat mengesan unsur penipuan itu sebab lazimnya pihaknya meminta sumbangan dengan menggunakan istilah 'tajaan' berbanding istilah 'minta derma' digunakan sindiket.
"Penipuan itu dengan segera saya umumkan supaya orang lain tidak terkena. Ramai asatizah kini menjadi mangsa apabila nama mereka 'dijual' untuk kutipan derma.
"Sebelum ini ramai rakan seperjuangan saya yang buka kelas mengaji sudah terkena (dengan sindiket tipu derma).
"Ramai juga menggunakan gambar ustaz untuk pinjam menerusi ayat contohnya: 'Assalamualaikum saya ada nak pinjam duit sikit untuk sekian sekian'. Tetapi pakai nama ustaz kononnya untuk pusat pengajian.
"Sebab itulah kita memang sudah selaraskan supaya bergerak atas nama organisasi. Memang dilarang kakitangan atau guru menggunakan nombor akaun masing-masing hatta untuk membayar al-Quran pun memang tak dibenarkan," katanya.
Pengalaman sama turut dikongsi aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih glamor digelar Uncle Kentang.
Kuan mendakwa hampir 100 kali namanya dipergunakan sindiket kaut untung atas angin untuk tujuan penipuan kutipan derma sepanjang tempoh lebih 20 tahun dia bergelumang dalam aktiviti kemasyarakatan.
"Perkara sebegini berlaku sebab apabila kita melawat orang (golongan dalam kesulitan dan memerlukan bantuan), kita ambil gambar.
"Contohnya gambar saya dengan bayi atau orang tua yang dilawati, sindiket letak (sunting) dalam akaun mereka.
"Seolah-olah saya memberi mendapat restu untuk dapatkan dana. Jadi benda-benda ini selalu berlaku," katanya.
Enggan namanya disalah guna sindiket penipuan, beliau dan kakitangan lazimnya akan segera menghubungi individu berkenaan atau jika keadaan mendesak, laporan polis akan dibuat.
Beliau berkata, kutip derma sebenarnya tidak menjadi kesalahan jika sesuatu kes itu betul berlaku dan pihak yang memerlukan bantuan menerima haknya hasil sumbangan orang ramai.
"Tetapi kalau tidak benar, saya rasa pihak terbabit (mangsa) perlulah membuat laporan polis sekali gus menghentikan segala kegiatan yang tidak bermoral ini.
"Jika tidak dihentikan, ini akan mengakibatkan orang yang nak menderma mulai takut dan sangsi serta membatalkan hasrat menderma sekali gus menyebabkan orang susah akan mengalami kesukaran pula untuk meraih dana bantuan," katanya.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia memaklumkan taktik menggunakan modus operandi alasan sumbangan derma anak yatim, kos pembedahan penyakit kronik serta sumbangan membantu orang kurang upaya adalah kaedah popular digunakan sindiket derma online mempedayakan rakyat Malaysia.
Ikuti laporan siri kedua dalam Buletin TV9 pada jam 7 malam ini dan akhbar Harian Metro, esok.