BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Kazim 'undur diri' dari program TV

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mohammad Kazim Elias
< 1 / 1 >
BATU KURAU - Penceramah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias secara terbuka memaklumkan malam ini merupakan kemunculan terakhirnya dalam program Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Pengumuman itu dibuat pada penghujung siaran langsung terbitan Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) itu, sebentar tadi di Padang Astaka, Batu Kurau.

Mohamad Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hadir sebagai panel bersama Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dan dipengerusikan Prof. Dr Redhuan Tee Abdullah.

Ustaz Kazim berkata, pihaknya juga menolak sebarang kemunculan dalam mana-mana program ceramah di televisyen, melainkan dalam siri 'Kalau Dah Jodoh'.

Beliau sebelum ini dalam Ceramah Perdana Sempena Peringatan Hari Polis Ke-208 di Kem Pasukan Gerak Am (PGA) Ulu Kinta berkata, isu-isu yang dihadapinya sejak menjadi pendakwah menyebabkan beliau hilang sema*ngat untuk terus berceramah.

Sebagai langkah awal ke arah itu, difahamkan beliau sudah mula menolak beberapa jemputan untuk menjadi tetamu beberapa program televisyen.

Buat sementara waktu ini difahamkan beliau masih terus menerima jemputan untuk mengadakan ceramah namun dikatakan akan berhenti setelah pembinaan ba*ngunan tambahan di Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi, Perak, siap.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/ustaz-kazim-undur-diri-dari-program-tv-1.370769
 
kuat merajuk ustaz ni..dulu merajuk dari pas..skng kena tegur sikit terus undur diri..
 
Nak sangat jadi ustaz. Kena tegur sikit dah nak berhenti ceramah.
 
Dakwahlah di mana2 shj.
Dalam tv, luar tv, atas tv, bawah tv, tepi tv pun boleh.
Kipidap..:)
 
ustaz ni umpama biji benih kalau dicampak dlm laut mana pun boleh menjadi pulau..

hidup umpama roda
dulu ustaz har pun sama jg...
 
Aku nak tambah komen lagi.

......

Sebenarnya korang percaya ke dia akan stop masuk tv?

Jangan kene tipu lagi mcm dulu udah ler....kikikikiki
 
baru kena camtu dah putus asa, ostad zaman moden
 
hormati ajelah kepytusannya.. bkn dia bersumpah ckp xkan join..
 
Back
Top
Log in Register