BTC USD 83,204.4 Gold USD 4,106.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz cakap tak serupa bikin

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,006
Points
881

Ustaz cakap tak serupa bikin…​

SEORANG rakan pemandu yang berada nun jauh di Selatan tanah air, meluahkan rasa terkilannya kepada saya.

Rakan ini membahasakan dirinya sebagai Wak sahaja, membawa Grab sejak empat tahun lepas.

Katanya, perasaan dia sedikit terguris dan terkilan dengan situasi yang dialaminya ketika membawa seorang penumpang wanita bukan Melayu.


“Sedih pun ada, tak taulah nak cakap macam mana tapi ini kenangan paling saya ingat sepanjang saya menjadi pemandu Grab,” luah Wak.

Wak membawa wanita yang berusia sekitar 60 tahun ini dari Johor Bahru mahu ke Kota Tinggi. Jarak perjalanan sekitar 40 kilometer.

“Macam biasa, bila ada penumpang ni, kita kenalah pandai mesrakan diri dengan bersembang. Tanya itu ini sikit-sikit hal-hal biasa saja.

“Aunty ini fasih berbahasa Melayu, jadi bila bersembang itu makin seronoklah. Aunty ini juga cerita yang dia sangat suka dengar radio pada waktu pagi.


“Nak tahu dia dengar apa? Dia suka dengar ceramah agama yang ustaz-ustaz sampaikan dalam radio. Dia kenal nama-nama ustaz yang selalu beri ceramah itu,” kata Wak.

Mendengarkan minat Aunty tersebut yang memilih siaran keagamaan sedemikian, Wak bertanyakan wanita itu sama ada dia beragama Islam.

“Aunty itu kata, dia tak memeluk agama Islam pun, sebaliknya memilih agama Kristian untuk dianutinya.

“Terdiam juga saya sekejap. Ingatkan dia Muslim sebab suka dengar ceramah ustaz. Saya sengaja bertanya lagi, Aunty dengar ceramah ustaz tapi Aunty tak berminat dengan agama Islam?

“Jawapan Aunty itu buat saya terasa pedih di hati. Katanya dia kecewa, bila mendapati ramai ustaz pandai bercakap tapi tak laksanakan apa yang dia cakap
.

“Aduh…bisa betul kata-kata Aunty ni. Terdiam saya kejap. Saya sanggah juga kata-kata dia yang ramai saja ustaz bagus-bagus yang mungkin dia tak kenal, misalnya Ebit Lew.

“Tapi Aunty ni cakap, Ebit ini orang Cina, bukan Melayu. Dia sendiri ada pengalaman melihat ustaz ‘penunggang agama’ yang bercakap tak serupa bikin.

“Jadi, walaupun dia suka dengar ceramah agama, namun perlakuan segelintir mereka yang tidak seiring dengan percakapan, membuatkan hatinya tawar untuk memeluk Islam,” cerita Wak.

Tambah Wak, terasa sedih dan terhiris juga dirinya dengan kata-kata tersebut. Mahu disanggah pun susah sebab contoh sedemikian pun memang ada.

“Nak tak nak saya cuma cakap, ustaz pun manusia kan Aunty. Kadang-kadang terkhilaf sikit dalam kehidupan. Mana ada orang tak buat salah,” kata Wak.

Kata-katanya dipersetujui oleh Aunty tersebut.

Namun perjalanan pulang Wak ke Johor Bahru, hatinya sudah tak berasa seronok.

Mood bekerja tercampak jauh justeru perasaannya penuh rasa sebal.
 
Geng cakap pandai ni ramai
Tengok je contoh padilah kamsah, abdul somad
Gebang semua terbang
 
“Tapi Aunty ni cakap, Ebit ini orang Cina, bukan Melayu. Dia sendiri ada pengalaman melihat ustaz ‘penunggang agama’ yang bercakap tak serupa bikin.”

Aunty ni nampak Cina pada Ebit Liew, tp xnampak Islam pada EL

Nampak Islam pada Melayu, tp xnampak melayu pada ustaz Melayu

Dengar ceramah tertarik dengan indah ajaran Islam.. tp mata hati masih nampak cina melayu… cewwah😁😁

Apapon hidayah milik Allah
 
Islam bukan milik mana2 bangsa.
Boleh jadi Hindu atau Buddha atau Kristian reverted lebih baik dari Islam sejak lahir

Nampaknya Wak tak pandai menerangkan Islam kepada Aunty. Wak hanya pandai meluahkan kekecewaan tapi tak pandai mencari penyelesaian untuk bantu Aunty. Moga Aunty berjumpa dengan Ustaz sebenar dan pemandu Grab yang lebih berilmu.
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pada pemahaman saya,
"cakap x serupa bikin" ni,
berkemungkinan, ada 2 sebab.

1) Dia memang betul2 x mampu buat kebaikan yang dia nasihat pada orang lain
(Insha Allah,
dia mendapat ganjaran drpd. Allah
sama seperti orang yang dinasihatinya (jika dia lakukannya).

Atau

2) dia malas atau ambil remeh kebaikan tersebut
(Ini ditakuti akan kena balasan azab Allah
seperti tercatat dlm. Hadith
utk. orang yang "cakap x serupa bikin" ni).

Wallahu a'lam.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register