BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ustaz ahmad syukri VS ustaz zaharuddin...

Renungan Bersama Sejenak :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani
 
Keputusan Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan

erm...nak join gak...topik hangat ni...
psal ust. zaharuddin tu...klu korang ade bace kat blog die, (zaharuddin.net), korg akan bce bermacam2 psal pelaburan internet yg dharamkan oleh fatwa malaysia..then klu korang teliti, ade gak die sebut psal ASB haram...
tp yang mnjadikan aku konfius, nape majlis FATWA pun tak menjatuhkan hukum pelaburan di ASB haram...?try bace balik, keterangan ustaz zaharuddin tu, mmg agak relevan sbb atas dasar yang same pelaburan di internet...
tp persoalannya, nape majlis FATWA xjatuhkan hukum haram ke atas ASB? takut sebab ASB tu Kerajaan yg punye ke...?erm...
plik2...siap baru2 ni ade mggu amanah saham plak tu...

Kategori : Muamalat
Tajuk :
Hukum Wang Dividen Dan Bonus Asb
Isu :

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) Negeri Selangor telah menerima surat daripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yang bertanyakan berkenaan dengan hukum wang dividen dan bonus ASB dengan soalan seperti berikut :

1.1. Adakah wajib dikeluarkkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB.

1.2. Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke Tanah Suci Mekah.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai permasalahan tersebut.

Keputusan :

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak
diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

p/s = just berkongsi maklumat dari http://www.e-fatwa.gov.my
 
saya akur dengan keputusan fatwa tersebut..
 
benda semua tu manusia yg cipta, memikirnya...apa yg akhirnya takkan bawa ke akhirat, tapi kalu tak cipta @ memikirnya macam mana la boleh hidup mengikut cara hidup di zaman sekarang dan yang masih mehembus? ada yang palsu jadi benar, tapi yang bersih tu kelama-lamaan pun keruh juga..ayam keluar telur dulukah atau sebaliknya? di dunia semua manusia tak akan lari dari dosa dan nafsu,cetek atau dalam terpulanglah orang lain bagi imej dan komen utk dia. asb, forex lain-lain sama saja dibawa keluar oleh nafsu, cuma cara orang menilai untuk sesuatu hasil...janji tau risiko pada sesuatu benda sebelum bertindak..
 
saya setuju benorr ~
 
ni jawapan lengkap ustaz zaharuddin bagi masalah ni..harap ia jelas ye..
Jawapan Kepada Pihak Menghalalkan Pelaburan Internet

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

SILA BACA TULISAN ASAL AHMAD SYUKRI DI SINI

Ada yang beri saya gambar ini. Inilah AHmad SYukri rupanya.

Terdapat beberapa email yang forwardkan kepada saya tulisan seorang 'ustaz' lepas mesir tentang pelaburan Internet yang didakwanya halal. Ustaz yang tidak diketahui asal usul ( SAYA BARU SAHAJ ATAHU SETELAH MENERIMA EMAIL YANG MENGANDUNGI PETIKAN UTUSAN ONLINE DI ATAS) serta misteri ini sebenarnya telah tersalah menilai isu yang dibincang mengenai pelaburan melalui internet ini.

sambungan di
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=452&Itemid=72
 
benda semua tu manusia yg cipta, memikirnya...apa yg akhirnya takkan bawa ke akhirat, tapi kalu tak cipta @ memikirnya macam mana la boleh hidup mengikut cara hidup di zaman sekarang dan yang masih mehembus? ada yang palsu jadi benar, tapi yang bersih tu kelama-lamaan pun keruh juga..ayam keluar telur dulukah atau sebaliknya? di dunia semua manusia tak akan lari dari dosa dan nafsu,cetek atau dalam terpulanglah orang lain bagi imej dan komen utk dia. asb, forex lain-lain sama saja dibawa keluar oleh nafsu, cuma cara orang menilai untuk sesuatu hasil...janji tau risiko pada sesuatu benda sebelum bertindak..

betul-tu-betul.abas sokong:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register