BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ustaz ahmad syukri VS ustaz zaharuddin...

:D macam macam pandangan keluar...
hmm...jgn la kita berpecah belah sebab pandangan ahli agama tu...rasanya,tk payah ustaz tu jelaskan..semua orang dah tau..riba tu haram..so haram lah ia..dlm alquran dah jelas haram..maka hukumnya takkan berubah jadi halal..
Ustaz zaharuddin nk tegur pun tk kene cara..sepatutnya teguran dia lebih smooth tanpa abaikan aspek aspek yg buleh orang lain nampak kelemahan dia..wallahu alam...jom kita pi solat berjemaah reramai malam ni kat masjid...dah berapa lama tk gi masjid ni?? :D
 
Ini aku dapat ulasan oleh UZAR dari salah sorang user yahoo groups UZAR yang bertanyakan tentang komen Ust Syukri.

Soalan salah seorang user YahooGroups Uzar.
fai rus wrote:
assalamualaikum. saya dah baca tulisan ustaz zaharuddin ttg ulasan ustaz shukri. ari tu sy ada call ustaz sealiran ustaz shukri di selangor. saya nak tanya tentang hukum al-arabic tu. tp sblm tu dia tanya sy pernah tak sekolah agama atau mengambil jurusan agama ke peringkat tinggi. saya ckp yg saya ni sampai spm je. cuma nak tau hukum al-arabic beserta dalil-dalinya. malangnya saya cuma diberitahu saya ni hanya 'orang awam' jadi orang awam cuma perlu tau hukumnya harus. jadi saya tak dapat pnjelasan sebenar dari beliau. dia bgtau dia pernah blajar kat al-azhar so dia terer la bab2 syariah ni. masa tu mufti tak keluarkan fatwa. lepas tu saya hntr msg ckp kat dia yg ustaz zaharuddin dah bg dalilnya, saya ckp perkara ni syubhah so saya tak nak masuk. lepas tu dia ckp dia takde masa nak layan benda remeh temeh ni. dia ckp saya menghukum org dan dia ckp mufti pun tak bising2 lagi masa tu.
Saya sedar kedudukan 'orang awam' ni. tapi saya juga perlukan dalil untuk menyebarkan kepada masyarakat di tempat saya. jadi saya minta pandangan ustaz

Jawapan UZAR
salam,

anda tersilap, saya tidak memberi sbrg ulasan tnetang tulisan menyelweng si ahmad syukri. saya hanya forward jwpn seorang dari rakan netters, yang saya kira, jwpn itu sudah memadai..adapaun saya tidak punyai masa nak betulkan tulisan dia yang terlampau teruk dan banyak salah di sana sini, sehinggakan mudarabah mutalaqah pun salah sebut , disebutnya 'mudarabah mutlaq' , takrifnnya pun salah... riba duyun pun tak faham, perbezaaan profit sharing ration dengan jaminan 31 % atau berapa pun percent pun diua tk afaham..amat teruk tulisan tu sehingga saya rasakan buang masa saya nak jawabnya,
terutamanya di ketika seluruh mufti dan Majlis fatwa Kebangsaan telah memberi keputusan Haram, maka individu entah sapa-apa macam dia tu ditambah dengan hujjah sarang labah-labah dan salah sana sini, tiadalah perlu difikirkan. Lebih elok saya tumpukan kdp hal2 dan isu lain yang lebih penting.

Tulisannya juga amat mendukacitakan kandungannya dan kelihatan 'tidak cerdik' dgn hujah seperti kerana "ust zaharuddun hanya belajar di jordan' sedangkan dia belajar di Mesir ..apa jenis hujjah tak beraqal begini. Sedangkan patutnya belajar di mesir hanya 3 tahun utk BA ..dia bljr di sana 1995-2000, ini mesti kes gagal dua tiga kali ..maka tidak hairanlah org yang jenis gagal beberapa kali di mesir ini akan tersilap di sana sini dalam kefahamannya, Saya tidak berminat menyentuh peribadi cuma, ingin saya beirtahu bhw..kemungkinan besar ketidakfahamannya berasal dari kelemahan pelajarannya di mesir dahulu.

Malah beberapa orang Dr pakar dalam bhgian Shariah di institusi kewangan di Malaysia juga menelefon saya meluahkan rasa kesal mereka dgn isi kandungan tulisan si ahmad syukri yang amat teruk dan mempersembahkan kejahilannya tentang fiqh muamalat kpd umum. Mlngnya , orang awam yang tidak tahu apa-apa masih ada yang ingin pakai dan sebarkannya. .amat malanglah mereka. Cukuplah keputusan Majis Fiqh Sedunia dan Majlis fatwa Kebangsaaan di jadikan sandaran dalam hal ini.

sekian

ust zaharuddin
 
Korang nie wat aku pening la..ustaz-ustaz nie pun wat aku pening..

ade kate haram, ade kate halal...ya Allah...berikanlah kami petunjuk.....
 
ko nak pening2 apa? apsal susah sangat nak terima?

Majlis Fatwa (30 Orang) + Ustaz Zaharudin + Ustaz Harun Din + Ustaz Ngah Gadot VS Ustaz Shukri (Tak tau la apa latarbelakang ustaz ni) = Korang masih nak ikut satu pendapat dari ramai pendapat? adoi la...
 
mod tutup jela thread ni..semua dah bercelaru..yg betol dinafikannya..kang ada pulak yg terpesong akidah...adoi arr!!!

p/s: perbanyakkanlah ilmu dgn menghayati kitab suci Al-Quran..InsyaAllah masalah ini akan selesai..
 
kalau ulama dah kata haram .. haram laa... lebih baik kita beratkan kearah haram laa jenis yg mcm ni.. buat apa kita nak pening2...
 
mod tutup jela thread ni..semua dah bercelaru..yg betol dinafikannya..kang ada pulak yg terpesong akidah...adoi arr!!!

p/s: perbanyakkanlah ilmu dgn menghayati kitab suci Al-Quran..InsyaAllah masalah ini akan selesai..

aku setuju...
tutup jerlah thread ni..
 
Eheheheh akal dan fikiran Allah kurniakan...jauhi was was...sebab ia amalan syaitan...wassalam..
 
Back
Top
Log in Register