USIM hasilkan beg kecemasan Sonic

Recommended Brokers


ZONDA

Legendary Member
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,905
Reaction score
46
Points
120

Nik Mohd. Shafikudin Md. Nik Tajuddin (kanan) menunjukkan tilam tidur mudah dibawa yang terdapat dalam beg keselamatan Sonic kepada kaitangannya di Pusat Kesihatan USIM, Seremban, baru-baru ini.​

SEREMBAN 18 Ogos - Sekumpulan kakitangan Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini telah menghasilkan inovasi baharu kepada peti kecemasan sedia ada di pasaran kepada beg kecemasan.

Pengarah Pusat Kesihatan USIM, Dr. Nik Mohd. Shafikudin Md. Nik Tajuddin berkata, beg kecemasan yang dinamakan ‘Sonic’ itu adalah beg galas atau sandang yang sesuai digunakan untuk aktiviti luar (outdoor) menggantikan peti kecemasan sedia ada.

“Peti kecemasan sedia ada mempunyai beberapa kesulitan untuk aktiviti luar seperti reka bentuk kurang sesuai, mudah rosak kerana diperbuat daripada kotak dan plastik, tidak mempunyai manual panduan penggunaan dan harga yang mahal.

“Apabila kita ingin menghasilkan beg kecemasan Sonic ini, pasukan telah menetapkan spesifikasi beg yang dihasilkan nanti perlu mempunyai reka bentuk sesuai, diperbuat daripada bahan tahan lasak dan saiz yang sederhana,’’ katanya di Nilai, dekat sini hari ini.

Tambahnya, di pasaran memang tidak ada lagi beg kecemasan yang sesuai untuk aktiviti luar dan USIM ingin menjadi pencetusnya.

“Hasil kerja berpasukan amat terserlah bermula daripada percambahan idea reka bentuk, ruang penyimpanan ubatan, ciri-ciri tambahan untuk memenuhi keperluan semasa kecemasan sehingga kepada penghasilan beg Sonic ini.

“Beg itu bukan sahaja mudah dibawa, kos seunitnya juga murah berbanding harga peti kecemasan, ia juga diperbuat daripada material berkualiti dan mudah didapati. Malahan turut juga disertakan panduan penggunaan yang mudah difahami dan amat membantu para penggunanya,’’ ujarnya.

Kata Nik Mohd. Shafikudin lagi, antara alatan asas kecemasan yang disediakan di dalam beg ini adalah dresing steril, plaster luka, kain anduh, pembalut kain kasa, larutan iodin, krim antiseptic dan gunting kecil.

“Beg Kecemasan Sonic juga disertakan dengan beberapa ciri tambahan yang tiada pada peti kecemasan biasa iaitu mempunyai tilam tidur mudah bawa, lampu picit, tempat simpanan sejuk (paket ais), penambahan stretcher, poket po-werbank dan kompas,’’ tegasnya.

Menurutnya sebanyak sembilan unit beg Sonic telah dihasilkan oleh Pusat Kesihatan USIM untuk kegunaan aktiviti luar pelajar khususnya di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM.

Melalui soal selidik yang dibuat kepada 42 orang respondan yang menggunakan beg ini, 93 peratus berpuas hati dengannya dengan sifar kerosakan selepas digunakan.

“Inovasi beg kecemasan Sonic ini turut mendapat pengiktirafan semasa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Universiti Awam kali ke-11 lalu apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pengurusan Bencana Negara dan menerima penarafan Emas,’’ jelas Nik Mohd. Shafikudin.
 
Sponsored Post

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,119
Reaction score
72
Points
80
nice innovation...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register