BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usha-usha Sarawak

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,122
Top Poster #7
Joined
Jun 28, 2011
Messages
43,122
Reaction score
7,330
Points
481
jom usha-usha hutan di Sarawak... di sana kan hutan tebal cam di Kalimantan yang bersebelahan dengannya...

hutansarawak.jpg

(ini adalah negeri Sarawak yang bersempadan dengan Brunei dan Kalimantan, Indonesia.)

hutansarawak2.jpg

( seperti yang saya katakan kat atas tadi, hutan ni cam pelik sikit... sebab warna hijau dia tak sekata dan tak cantik cam hijau yang di Kalimantan tu... dapat dilihat juga ada garisan-garisan yang menuju ke arah kawasan hijau yang tak terang tu... itu adalah jalan ke arah hutan....)

hutansarawak3.jpg

(lihat juga kawasan hutan yang bersempadan dengan Brunei... macam ada botak sikit.. )

hutansarawak4.jpg

(ni untuk lebih jelas antara Brunei dan Mulu, Sarawak...sepanjang sempadan kita akan nampak perbezaannya... gambar-gambar Google Earth diambil dari satelit tidak dipengaruhi oleh sempadan negara...)

hutansarawak5.jpg

(gambaran keseluruhan mengenai perbezaan ini.. dari jauh pun boleh dilihat berlakunya perbezaan ketebalan hutan)

apa erti perbezaan warna ini? hijau adalah warna hutan... semakin pekat warnanya, bermakna itu adalah kawasan hutan tebal... semakin pudar warnanya, bermakna ia bukan hutan tebal... disebabkan, pertama: memang bukan jenis hutan tebal... kedua: aktiviti pembalakan...

inilah keadaan negeri Sarawak sekarang... hutan kalau dilihat dari imej satelit ini menunjukkan sudah semakin botak... hutan kita tahu merupakan sumber oksigen, habitat flora dan fauna, dan hasil-hasil lain... ia juga mempengaruhi iklim bumi... patutlah dunia rasa makin panas... hohoho...


Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.

Imej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portalMongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain. “(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak,” lapornya.
Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik. Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland.

Sumber
 
xkan tak tau lagi.. geng2 taib tu da rembat smpai abis.. hahhaa
 
Eh taib tak salah.
Color adjustment google tu salah.




































:)
 
Taib kata simpan hutan tebal-tebal korang nak buat apa.
Nak tinggal dalam hutan sampai mati ke.
 
yg warna putih kat kalimantan tue apa yer??....
 
Back
Top
Log in Register