BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usahawan Muda PROTUNe Catat Pendapatan RM2.87 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,587
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,587
Reaction score
323
Points
141
c1b9dc72a23dc68575bd05b4b6c5955a6909ef308a454

cc386b3be5a4f40d13320e67c3de64386909ef05c0d83

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Usaha Sama Strategik) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Ir Kamarzan Md Rais (tengah) bergambar bersama para peserta ketika hadir ke Majlis Perasmian Konvokesyen PROTUNe 2025 di Ibu Pejabat PKNS Seksyen 14 Shah Alam hari ini.

Sebanyak 1,221 usahawan muda Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2025 daripada 47 sekolah berjaya merekodkan jumlah pendapatan keseluruhan melebihi RM2.87 juta dalam tempoh tujuh bulan sejak Mac lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Usaha Sama Strategik) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Md Kamarzan Md Rais berkata sejak diperkenalkan pada 1998, PROTUNe telah berkembang daripada sekadar program latihan keusahawanan kepada platform penting dalam pembentukan pelajar yang berfikiran kritis, berani mencuba dan kalis masa hadapan.

“Melangkah ke 27 tahun penganjurannya, seramai 30,521 pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini dan dibimbing oleh 2,536 guru pembimbing yang berkaliber dan komited.

“Hasilnya, sebanyak 1,202 syarikat pelajar berjaya ditubuhkan, membuktikan program ini sungguh komprehensif dan menjadi satu ‘signature’ Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS yang cukup membanggakan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Konvensyen PROTUNe 2025 di sini hari ini.

Md Kamarzan berkata sejak 2009 hingga kini, syarikat-syarikat PROTUNe telah mencatat jualan kumulatif mencecah RM34.4 juta, mencerminkan usaha gigih, daya kreativiti dan semangat juang pelajar-pelajar terlibat.

Beliau menambah, para usahawan muda yang turut menyertai Karnival Usahawan PKNS berpeluang meraih pengalaman berniaga secara langsung, dengan jumlah pendapatan keseluruhan RM721,830.77 dalam tempoh tiga hari.

“Pengalaman ini memberi pelajaran penting kepada pelajar – bukan sekadar berniaga, tetapi juga berani mencuba, mengurus masa, berkomunikasi yakin, memahami kehendak pasaran dan bijak mencari peluang serta mengambil risiko,” katanya.

PROTUNe berlangsung dari 3 Mac hingga 30 Sept lalu, memberikan peserta bimbingan dan latihan keusahawanan secara teori dan praktikal, termasuk pengalaman berniaga di sekolah masing-masing dan di Karnival Usahawan PKNS.

Produk yang dihasilkan merangkumi makanan dan minuman, kraftangan, cenderamata, pakaian serta perkhidmatan seperti fotografi, dobi, katering, penghantaran barangan dan produk kitar semula.

 
Back
Top
Log in Register