BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Usah elak cukai LHDN'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas Pejabat Peguam Negara memberi amaran kepada individu dan syarikat yang ‘berhutang’ cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Kastam Diraja Malaysia (KDRM) supaya segera berunding bagi mengelakkan tindakan.
Pasukan itu akan melancarkan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan pihak berkaitan tidak lari daripada tanggungjawab membayar cukai.
Sepanjang tahun lalu, 300 entiti dalam industri seperti mengimport kereta dan minuman keras, pengimport dan syarikat penghantaran disiasat kerana mengisytiharkan cukai di bawah nilai sebenar.

Ada yang memalsukan dokumen, melakukan pengubahan wang haram dan memberi maklumat palsu mengenai status syarikat serta perniagaan untuk mengurangkan atau mengelakkan cukai.

Ia kesalahan serius mengikut Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

“Pasukan Petugas Khas akan bertindak tegas kerana kegiatan adalah ancaman serius kepada ekonomi dan kewibawaan negara,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan semalam.
Kewujudan pasukan petugas khas itu berjaya meningkatkan kutipan cukai LHDN daripada RM89 bilion pada 2010 kepada RM109 bilion tahun lalu, manakala cukai kastam daripada RM27 bilion kepada RM30.4 bilion. Ia menggunakan pendekatan berunding tetapi jika masih ingkar, tindakan lebih keras terpaksa diambil.

Pasukan yang dianggotai LHDN, Bank Negara Malaysia (BNM), KDRM, polis dan Jabatan Imigresen itu sedang mengawasi kegiatan berkenaan. Ia dibantu Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan CyberSecurity Malaysia dengan Pejabat Peguam Negara sebagai penyelaras operasi.


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UsahelakcukaiLHDN_/Article/index_html
 
berdoa suatu hari nanti akan ada pasukan pemantau rakyat bayar zakat serta pasukan pemantau wang zakat digunakan di jln yg benar z
 
berdoa suatu hari nanti akan ada pasukan pemantau rakyat bayar zakat serta pasukan pemantau wang zakat digunakan di jln yg benar z

Aku sokong tuan..
Selama ni aku sangka baik aja...
Mana mungkin org berani salah guna wang zakat..
Lagi pun yg jaga wang zakat ni bukan calang2 orang....
 
Aku sokong tuan..
Selama ni aku sangka baik aja...
Mana mungkin org berani salah guna wang zakat..
Lagi pun yg jaga wang zakat ni bukan calang2 orang....

duit tabung haji pun org boleh seleweng ini kan zakat...
 
berdoa suatu hari nanti akan ada pasukan pemantau rakyat bayar zakat serta pasukan pemantau wang zakat digunakan di jln yg benar z

InsyaAllah...Amin....
 
Back
Top
Log in Register