Che'gu piramid... sedap nama tu.
Aku ni tak la hebat sangat pasal agama ni. Tapi setahu aku..
Perjudian adalah tindakan mempertaruhkan nasib/wang/harta untuk sesuatu keuntungan yang MUNGKIN/TAK MUNGKIN kita perolehi, sesuatu yang berlaku berdasarkan nasib.
Dalam Uptrend, tiada BONUS tanpa SALES. Nothing happen by luck, and you got to work for it... Buat Sales, get the product out!
Cuma aku tak nafikan ada ramai golongan yang "tak berapa cerdik" yang percaya kepada segolongan 'ahli uptrend' yang terlepas pandang dari pantauan syarikat yang membuat salah presentasi perihal pulangan yang tak masuk akal..
Namun, keB0D0HAN sebenar adalah 'si pendengar' yang percaya kepada janji2 pulangan "PELABURAN" tanpa "PERLU BUAT APA2" selain mengharap DUIT MASUK setiap Bulan / Hari..
Meniaga apa pun, kalau salah akad dia, kalau menipu... jual beras yg halal pun boleh jatuh haram.
Sehingga hari ini Uptrend terkenal sebagai THE TERMINATOR COMPANY.. haha, why? sebab ramai yg dah kena terminate kerana salah laku.. tak kira pangkat, tak kira siapa. Aku percaya lebih baik macam tu dari kita biarkan mereka ini merosakkan 'periuk nasik' majoriti di sini yang buat bisnis dengan cara yang ikhlas dan benar.
Sekian
Stone
sebelum tu, baguslah rendahkan diri kata diri tak hebat pasal agama.
sy pun tak berapa hebat, tapi mana yang ada sy share la ye.
antaranya,
Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level kesepuluh akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.
Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.
Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.
sumber
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html
baca dengan fikiran dan hati terbuka. jgn ikut taksub. sbb sy pun ahli uptrend, tp sekarang dah bertaubat. alhamdulillah Allah beri hidayah